TIADA BISIKAN DI PASAR BISIK! JADI PASAR RIUH!!
Published byKOMPLEKS Pasar Bisik Kuala Muda, Penaga, Pulau Pinang sangat terkenal dengan menjalankan urus niaga secara berbisik ini sejak 60 tahun dahulu lagi. Aktiviti bidaan ikan secara berbisik dianggap pelik dan mungkin tidak lagi diamalkan di kebanyakan tempat atau jeti nelayan di negara kita. : KitaReporters
Pasar Bisik yang terletak di Kuala Muda, Penaga, Pulau Pinang.
Prinsip jualan bisik cukup mudah!
Pemborong atau orang perseorangan akan berbisik kepada nelayan untuk membeli hasil tangkapan mereka seperti ikan, udang, sotong dan ketam.
Mereka menawarkan harga yang diingini dan nelayan akan menjual hasil tangkapan berdasarkan 'harga bisik' paling tinggi.
Kredit foto: BH Online
Namun akibat daripada menularan Covid-19 ini, aktiviti di pasar bisik kini tidak lagi berbisik.
Lelongan kini berkonsep secara terbuka.
Oleh kerana sepanjang tempoh Pengawasan Kawalan Pergerakan (PKP) penjarakkan sosial (social distancing) perlu dilakukan, maka tidak ada lagi bisik-bisik penawaran harga ikan.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, konsep bisik yang diamalkan dalam urusan jual beli di kawasan itu juga dimansuhkan.
Bagaimanapun, katanya, golongan peraih dibenarkan ke lokasi terbabit bagi menjalankan urusan seperti biasa akan tetapi tiada lagi urusan bisik dan perlu patuh kepada penjarakan sosial.
Kini nelayan perlu menguatkan suara mereka untuk urusan bidaan dan urusan jual beli atau lelongan terbuka.
Setelah sekian lama berbisik, untuk sepanjang tempoh ini ia bertukar menjadi pasar yang riuh seperti pasar-pasar yang lain.
Orang ramai yang hadir di pasar itu perlu mematuhi arahan dan hanya 10 peraih sahaja pada satu-satu masa bagi membeli hasil laut
Dan dalam perkembangan terbaharu, Kompleks Pasar Bisik Kuala Muda, Penaga telah ditutup bagi kerja-kerja disinfeksi (penyahkuman) sehingga 5 April 2020.
Namun disebabkan kita sama-sama perlu bantu kerajaan untuk memutuskan rantaian Covid19, untuk seketika tidak perlu la berbisik.
Nanti apabila semua sudah kembali normal, boleh pasar bisik ini akan kembali berbisik semula. - KitaReporter