Berita Terkini| Covid-19: Kelantan tak benarkan gerai tepi jalan beroperasi! Mulai 9 Mei 2021!
Published byGambar hiasan... Gerai-gerai tepi jalan tidak lagi dibenarkan beroperasi di Kelantan berkuat kuasa 9 Mei 2021. - Kredit foto: Utusan Malaysia
PENIAGA atau penjaja di Kelantan yang berniaga di tepi jalan tidak lagi dibenarkan
beroperasi mulai 9 Mei 2021 berikutan kes positif Covid-19 masih tinggi dengan
tiga angka terus direkodkan di negeri berkenaan.
Keputusan itu dimaklumkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan dalam satu kenyataan bertarikh 8 Mei 2021.
Menurut kenyataan tersebut, Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) terpaksa mengambil pendekatan itu bagi mengelak orang ramai berkumpul kerana tindakan sedemikian mampu menjadi penyebab utama penularan wabak Covid-19.
“Gerai atau penjaja tepi jalan dan penjaja beredar dikenal pasti antara lokasi menarik orang ramai berkumpul yang dilihat tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
“Pihak berkuasa tempatan (PBT) diarah mengambil langkah menguatkuasakan penutupan gerai, penjaja tepi jalan dan penjaja beredar. Peniaga, penjaja terlibat serta masyarakat diminta patuhi arahan bagi elak dikenakan tindakan,” katanya.
Sementara
itu, kenyataan itu juga memaklumkan individu yang menjalani kuarantin di rumah
bagi seluruh Kelantan kini melebihi 2,000 orang, manakala individu di bawah
pengawasan mencecah 4,000 orang. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter