Berita Terkini| Bazar Ramadan dibenarkan di Kelantan! Tarawih pun dibolehkan! Tiada imam luar
Published byAhmad Yakob (kiri) sewaktu Majlis Perasmian Pasar Awam dan Penyerahan Kuarters Kerajaan Bandar Satelit Islam Pasir Tumboh, Kelantan, pada 8 April 2021. - Kredit foto: Harian Metro
BAZAR Ramadan di seluruh Kelantan dibenarkan beroperasi sepanjang bulan puasa nanti namun
perlu patuhi segala prosedur operasi standard (SOP) termasuk dari segi kapasiti penjual
dan jumlah kehadiran pembeli.
Menteri
Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata jumlahnya perlu bersesuaian dengan
lokasi agar ada penjarakan fizikal, sekali gus mengikut SOP ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara(MKN)
“Orang
ramai termasuk peniaga atau penjual perlu
memakai pelitup muka dan pastikan penjarakan sentiasa dipatuhi. Penjual pula hanya
dibenarkan melayan dua pelanggan sahaja pada satu-satu masa.
“Kerajaan Negeri
Kelantan juga membenarkan solat tarawih namun hanya menggunakan khidmat imam
yang ada di Kelantan sahaja. Imam dari luar tidak dibenarkan kerana pintu sempadan
masih ditutup,” katanya dipetik laporan Harian Metro pada 8 April 2021.
Tambah
beliau, Program Madinah Ramadan juga akan turut menggunakan khidmat imam sedia ada dengan kehadiran dibenarkan
satu-satu masa adalah seramai 500 orang sahaja. - KitaReporters