Berita Terkini| Bela anak lotong! Wanita ditahan! Berdepan denda RM100k atau penjara 5 tahun!
Published byKetua Pengarah Perhilitan Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, pemeriksaan mengejut itu dilakukan sepasukan tujuh anggota di rumah wanita berkenaan di Felda Bukit Tajau, Maran, Pahang. - Kredit foto: FB Perhilitan
SEORANG wanita ditahan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) pada Khamis, 25 Jun 2021 selepas didapati membela seekor anak lotong di kediamannya di Pahang.
Ketua Pengarah Perhilitan Datuk Abdul Kadir Abu Hashim
berkata, pemeriksaan mengejut itu dilakukan oleh sepasukan tujuh anggota di rumah
wanita berkenaan di Felda Bukit Tajau, Maran, Pahang kira-kira 1 tengah hari Khamis itu.
“Tindakan memelihara anak lotong (Trachypithecus
cristatus) sebagai haiwan kesayangan boleh menyebabkan pemilik berdepan dengan denda sebanyak RM100,000 atau dikenakan penjara lima tahun.
“Ketika pemeriksaan berkenaan wanita itu gagal
menunjukkan sebarang lesen atau permit sah daripada Jabatan Perhilitan untuk menyimpan
hidupan liar dilindungi itu,” katanya seperti dipetik Harian Metro pada Jumaat, 25 Jun 2021.
Susulan daripada itu, wanita terbabit ditahan sebelum dibebaskan dengan seorang penjamin.
Beliau berkata, wanita itu mendakwa ada memohon lesen
memelihara haiwan itu daripada Pejabat Perhilitan Pulau Pinang namun tidak
diluluskan dan mendakwa menemui anak lotong itu di tepi Jalan antara Maran ke
Temerloh, Pahang.
"Tindakan menyimpan haiwan liar belum matang itu
boleh didakwa mengikut Seksyen 61, Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 yang
boleh membawa hukuman denda tidak lebih RM100,000 dan penjara tidak lebih lima
tahun," katanya. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter