Allahyarham Jamali Shadat (Atan) dan Allahyarham Hamid Gurkha (Atuk). - Kredit foto: Mstar


PASANGAN komedi, Atan dan Atuk kini masing-masing sudah kembali ke negeri abadi. Datuk Jamali Shadat yang sinonim dengan karakter Atan itu meninggal dunia pada 3 Februari 2021.

Hari ini,  Selasa, 14 Jun 2022, pelawak Hamid Gurkha yang melakonkan watak Atuk untuk sketsa komedi yang diterbitkan dalam bentuk kaset pada era 70-an pula mengikut jejak langkah Atan

Semoga roh mereka ditempatkan dalam kalangan orang beriman.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pelakon Hamid Gurkha


Hamid atau lebih mesra dengan panggilan Pak Hamid itu menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, kira-kira pukul 2.19 petang.

Pak Hamid atau nama sebenarnya Abdul Hamid Abdul Rahman, 90, disahkan meninggal dunia akibat penyakit tibi dan beberapa komplikasi lain. Pada Rabu,  8 Jun 2022 lalu, Pak Hamid dimasukkan ke hospital kerana kesukaran bernafas.

Anak bongsunya, Nor Ashita, 47, berkata, mereka reda atas pemergian arwah dan mohon doa agar rohnya dicucuri rahmat.

"Pak Hamid dah tak ada. Doakan agar rohnya dicucuri rahmat. Oksigen dia tiba-tiba menurun. Tiba-tiba doktor telefon kata nak jumpa, bila jumpa saja terus doktor kata dia dah tak ada," katanya.


Hamid Gurkha kembali ke rahmatullah akibat penyakit tibi.


Sebelum ini, arwah yang baru saja menerima Anugerah Sepanjang Zaman MeleTOP sewaktu acara Anugerah MeleTOP Era 2021 pada 29 Mei 2022 lalu, dilaporkan sakit dan hanya terlantar di rumah akibat dijangkiti Covid-19 pada Februari 2022 lalu, sebelum dimasukkan ke wad.

Pelakon kelahiran 22 Ogos 1931, yang mula dikenali menerusi filem Panglima Badol pada 1978 tidak mengalami penyakit kronik.

Hamid dan Timah Abdul Hamid, 80, mendirikan rumah tangga selama enam dekad sejak April 1957.

Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan lapan cahaya mata, namun dua daripadanya meninggal dunia. Beliau juga dikurniakan 32 cucu dan 18 cicit. - KitaReporters


17
10
1
25
0

Copy Link: