Pemilik bernama penuh, Farah Dhiya Mohamed Amin, 37, atau nama pentasnya, Farahdhiya hanya  tewas kurang dari dua mata untuk bergelar Juara Gegar Vaganza (GV) musim kedua (GV2) pada 2015 kepada juaranya, Siti Nordiana,

Namun lebih utama, pentas itu menjadikan Farahdhiya sebagai Naib Juara, kembali diperkatakan dalam bidang muzik apabila ia membuka mata ramai pihak terhadap kebolehannya menyanyikan lagu dari pelbagai genre selain lagu balada yang sering menjadi keutamaannya,

Sehubungan itu, kini, Farahdhiya mempertaruhkan kebolehannya itu dengan sebuah single terbaharu, ‘Tewas’ dalam genre Electronic Dance Music (EDM) yang belum pernah dirakamkannya sejak lebih 18 tahun bergelar penyanyi.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Farahdhiya


Tewas atau tidak perubahan 360 darjah genre muzik yang dibawakan kepada lagu terbaharunya kali ini hanya masa yang akan menentukan sambutannya.

Tetapi yang barangkali menjadi tarikan terhadap lagunya itu apabila. ia menampilkan rapper dari Korea Selatan, Dennis (gambar bawah) dengan menggunakan tiga bahasa iaitu Melayu, Inggeris dan Korea. 

“Saya sangat yakin dengan lagu ini. Setiap kali saya keluarkan lagu baharu tak kisah ia meletup ataupun tidak saya selalu ada keyakinan. Sebab bila kita dengar kita tahu lagu itu sedap. Cumanya sesebuah lagi itu jika tidak meletup tidak semestinya ia tidak sedap dan bagus. 

“Mungkin ia berpunca dari segi publisiti dan promosi kerana sesebuah lagu itu memerlukan publisiti dan promosi yang bagus,” ujar pelakon yang popular dengan lagu ‘Bertakhta Di Hati’ ini.



Dalam pada itu, Farahdhiya tidak mahu menggunakan pendekatan gimik keterlaluan seperti dilakukan segelintir penyanyi melainkan percaya akan kualiti lagu ciptaan sepenuhnya oleh Pown Hasril, Karim Karam, Otromen, Nass dan DL ini.

“Untuk lagu ini tiada sebarang gimik sebab saya seorang yang ‘simple’ dan ‘straight forward’. Jadi nak keluar lagu kita buat cara biasa sahaja. Pada saya jika itu lagu yang bagus, penyanyinya bagus atau produknya baik kalau buat dengan cara yang biasa pun tiada masalah. 

“Kadang-kadang kita tengok sendiri orang buat gimik sampai ada yang memalukan diri dan nampak bodoh sehingga dikecam. Saya tak sanggup semata-mata nak buat gimik sebegitu dan saya tidak perlukan itu. Bila nak keluar lagu, kita keluarkan lagu sahaja,” komennya.



Berkongsi lanjut mengenai lagu ‘Tewas’  Farahdhiya berkata, pertama kali mendengar lagu itu dia terus jatuh cinta dan bersetuju untuk merakamkannya.

“Diakui orang mengenali saya dengan lagu balada, jadi ini perkara baharu daripada saya dan saya sangat seronok. Kita pun mengikut peredaran zaman kerana lagu sebegini sekarang tengah ‘in’," jelasnya.

Sambungnya ketika pertama kali mendapat lagu tersebut beliau terus bersetuju kerana sukakan melodinya yang ‘catchy’ dan cita rasa orang sekarang,

“Ini memang satu jenama baharu daripada saya dan saya sangat teruja. Ditambah pula lagu ini menggunakan tiga bahasa. Saya fikir ini peluang untuk menjayakannya,” tambah Farahdhiya  sambil memberitahu, muzik EDM sebenarnya bukanlah asing dalam hidupnya kerana pernah mempersembahkan lagu dari genre itu ketika zaman sekolah.

Jelasnya,walau pun tidak pernah merakamkan lagu dalam genre berkenaan, muzik sebegitu sebenarnya tidak asing baginya memandangkan beiau pernah mempersembahkannya ketika zaman sekolah dan juga untuk ‘Gigs’. 

“Saya pernah menyanyikan lagu sebegini yang bergenre hip hop dan ada elemen EDM, cuma orang tidak tahu berkenaan itu. Jadi saya teruja dengan genre yang saya buat ini ditambah pula bersama penyanyi rap baharu dari Korea Selatan, Dennis,” katanya.



Dalam perkembangan lain, Farahdhiya berkongsi jadual kerjaya seninya padat selepas aktiviti seni kembali dibenarkan beroperasi

“Sejak dibenarkan bekerja semula pada Oktober tahun 2021 lalu, Alhamdulillah jadual saya sangat padat sampai sekarang. Nyanyian dan lakonan seiring. Saya sibuk menjayakan persembahan korporat dan makan malam. Tawaran berlakon pun tak berhenti.

“Memang agak sibuk sebenarnya sejak mula dibenarkan bekerja semula dan fokus sekarang dengan lagu terbaharu ini. Ada juga beberapa drama yang akan keluar seperti ‘Roti Cicah Susu’ yang akan ditayangkan dalam saluran Astro Ria tak lama lagi. Ada juga drama dengan penstriman Viu. Kerjaya saya berjalan dengan lancar Alhamdulillah,” akhirinya, - KitaReporters


10
12
0
14
0

Copy Link: