Senangnya hidup kau! Merintih minta tolong! Rupanya scammer!
Published byMenjalani kehidupan di kota raya besar memang memerlukan kos yang besar, ditambah pula kini dunia baharu berdepan dengan pandemic Covid-19 yang menyebabkan ramai kehilangan pekerjaan, sekali gus menyebabkan perjalanan hidup juga terganggu. Situasi mencabar hari ini, membuat ramai yang mengambil langkah mudah dengan cara menipu demi kelangsungan hidup. Keadaan itu jika dibiar akan menjadi lebih parah, sekali gus menjejaskan imej negara.KitaReporters
Lagi cerita-cerita berkaitan scam:
https://kitareporters.com/search?search=scam
Terbaharu, seorang pengguna Twitter berkongsi pengalaman berdepan dengan scam (penipuan) yang dikatakan meminta pertolongan dengan cara tersendiri iaitu meminta wang daripada orang ramai dengan mendakwa terkandas di negara ini selepas tertinggal pesawat.
Pengalaman yang dilalui @YoursLis itu apabila berdepan
dengan pasangan suami isteri yang mendakwa dari Pakistan dan meminta wang
daripadanya kerana mahu membeli susu kepada anaknya selepas tertinggal pesawat.
Kongsinya, pertemuan itu bukan yang pertama kali kerana bertembung lagi buat kali kedua dengan pasangan berkenaan dan menggunakan taktik yang sama demi mendapatkan wang.
Perkongsian itu dimuat naik dalam @Twt-Cyberjaya dan dikongsi lebih 4,700 pengguna lain, setakat 10 malam, 12 Ogos 2020.
Rupanya taktik pasangan suami isteri bukan benda baharu kerana ramai yang telah menjadi mangsa kepada pasangan berkenaan dan telah berleluasa sejak beberapa bulan.
Hanya memberi alasan itu membuatkan ramai yang
menghulurkan wang ringgit dan keadaan itu tidak semena-mena memberi keuntungan
kepadanya tanpa perlu bekerja keras lagi.
Amboiiii…senangnya hidup kau!
Buat muka sedih sikit! Terus ramai yang menolong maklumlah rakyat kita kan ramai yang bermurah hati. Lebih licik lagi pasangan itu turut mendakwa dia kehilangan dompet selepas menjadi mangsa rompakan di negara ini.
Pelbagai taktik lagi bagi mencari kesenangan dengan cara yang mudah.
Tapi bila diajak untuk membuat laporan polis kerana menjadi mangsa rompakan pandai pula dia menolak. Tahu takut!
Apapun yang dilakukan pasti wang yang diperoleh itu ‘tidak
bersih’ kerana sumber juga adalah hasil daripada menipu.
Hakikatnya menjalani hidup di dunia moden hari ini, bukan sesuatu yang mudah tapi usaha yang berterusan adalah asas yang penting dalam menjalani kehidupan hari ini. Tidak lupa juga doa dan tawakal kepada-NYA.
Semoga kita lebih berhati-hati jika berdepan individu berkenaan, mereka ini sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan keinginan mereka tercapai. - KitaReporters