Berita Terkini| Hanya 4,000 kad raya dikendalikan Pos Malaysia di Kelantan! Kian berkurangan!
Published byGambar hiasan... Kad raya kini kian dilupakan sejak ledakan teknologi maklumat
Pos Malaysia
Kelantan telah mengendalikan lebih 4,000 keping kad raya yang diterima sejak awal
Ramadan baru-baru ini hingga tempoh 4 Mei 2021 dan jumlah itu berkurangan
berbanding tahun-tahun sebelum ini.
Pengurus Besar
Pos Malaysia Kelantan, Osman Shah berkata seramai 38 petugas bahagian operasi kendalikan
pemprosesan kad ucapan hari raya yang tiba dari seluruh negara, manakala petugas
operasi di Pusat Pemprosesan Mel bertugas dari 8.30 pagi hingga 6.30 petang.
“Bagi bahagian operasi di Pos Malaysia Kelantan, kami dapati jumlah kad raya yang diproses menjelang Hari Raya Aidilfitri telah berkurangan pada tahun 2021 ini. Jumlah kad raya tertinggi pernah diproses ialah sebanyak 59,000 keping iaitu pada tahun 2015.
“Biarpun
tradisi beri kad raya tidak lagi jadi pilihan utama kini sejak ledakan
teknologi maklumat, Pos Malaysia tetap
jalankan tugas sebagai penghubung komuniti, terutama ketika musim perayaan,”
katanya dipetik Bernama, 10 Mei 2021.
Osman turut
maklumkan, bagi menyemarakkan suasana hari lebaran, Pos Malaysia juga telah
lancarkan kad ucapan hari raya yang dijual di 13 pejabat pos besar seluruh
negara dan juga secara dalam talian di pos.com.my/shop. - KitaReporters