BERSEMPENA Hari Ibu tahun 2022 ini, Astro Shaw mengambil perancangan mengundang pengarah prolifik, Chiu Keng Guan yang mencipta sejarah tersendiri dalam industri perfileman tempatan apabila filem arahan pertamanya di negara China, ‘On Your Mark’ meraih kutipan sebanyak RMB148 juta bersamaan kira-kira RM98 juta di Malaysia.

Jika ‘On Your Mark’ yang tajuk asalnya di China berjudul ‘The Great Dad’ atau “Liao Bu Qi de Lao Ba’ yang mengangkat pengorbanan hubungan seorang ayah demi seorang anak, kali ini Astro Shaw memilih elemen kasih sayang ibu pula melalui filem yang diberi tajuk ‘Ma, I Love U’.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Chiu Keng Guan


Bagaimana pun filem terbaharu yang bakal diarahkan Chiu Keng selepas 5 tahun mengukir nama di luar negara ini dijangka menemui penonton Malaysia pada perayaan Tahun Baharu Cina 2023 nanti. 

Sehubungan itu, filem yang bakal menjalani sesi penggambaran pada bulan September ini merancang menjalani sesi pencarian bakat baharu pelakon utamanya.

“Bagi yang berminat boleh menghantar video lakonan mereka. Audisi terbuka ini untuk watak utama lelaki dan wanita, remaja dalam lingkungan umur 17 hingga 18 tahun,” ujar Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad (gambar bawah).




Menurut Raja Jastina pemohon perlu sediakan gambar penuh, mug shot berserta gambar kasual dan kongsikan juga dua video rakaman (boleh diambil menggunakan kamera telefon) meliputi video pengenalan diri (2 minit) serta video berkaitan hubungan anda bersama ibu serta pengalaman yang tidak boleh lupakan bersama ibu dan persamaan personaliti anda dan ibu anda (durasi 2-3 minit).

“Kemudian memuat naik video berkenaan dalam YouTube (Unlisted) dan hantarkan link tersebut ke [email protected] sebelum 6 Jun 2022,” tambah Raja Jastina sambil meluahkan keyakinannya penghasilan filem berkenaan sempena Hari Ibu adalah waktu yang tepat untuk mengumumkannya. 

Beliau turut berharap berita baik ini dapat menyuntik keterujaan penggemar filem tempatan untuk menyaksikan karya terbaik pada layar perak.

‘Ma, I Love U’ mengetengahkan kisah menyentuh perasaan yang menumpukan tentang cabaran hubungan ibu dan anak yang hidup bersama. Bila tiba satu masa, setiap ibu bapa harus melepaskan anak mereka untuk menempuhi kehidupan mereka sendiri. 


Hari Ibu disambut pada 8 Mei setiap tahun.


Sementara itu, Chiu Keng Guan melahirkan rasa terujanya untuk kembali beraksi menghasilkan filem tempatan selepas kali terakhir mengarahkan filem berbahasa Cina, ‘Think Big Big’ (2018) dengan kutipan RM5.5 juta selepas pencapaian filem ‘Ola Bola” (2016) yang pecah panggung paling tinggi di Malaysia, RM16.6 juta dan sebelumnya, 'The Journey' (2014) yang merupakan filem berbahasa Cina dengan kutipan tertinggi pecah panggung RM17.28 juta. 

“Saya rasa amat teruja untuk kembali beraksi menghasilkan filem tempatan. Saya telah mengkaji kisah-kisah hubungan ibu dan anak sejak beberapa tahun yang lalu dan saya mendapati banyak momen dan detik menarik serta menyentuh perasaan,” ujar Chiu Keng Guan.

Tambahnya, kali ini beliau ingin menghasilkan sebuah filem yang relevan dan amat dekat dengan generasi dan masyarakat sekarang. 

“Saya harap pada Tahun Baharu Cina akan datang, filem ini mampu mengembalikan penonton ke pawagam untuk merasai gelak tawa, kegembiraan dan detik berharga bersama keluarga mahupun rakan-rakan,” sambung  pengarah yang digelar sebagai ‘The King of Malaysian Movies’ seperti petikan media South East Asian Globe. - KitaReporters


Filem 'Ola Bola' dan 'The Journey' cipta sejarah tersendiri dengan kutipan paling tertinggi di Malaysia.

10
5
0
10
0

Copy Link: