Video| Syafakallah Aaron Aziz! Hidap penyakit tumor dalam kepala! Doktor kata semakin membesar!
Published byPelakon terkenal Datuk Aaron Aziz yang bakal berusia 46 tahun pada 2 Februari 2022 ini membuat kejutan kepada para peminatnya apabila mendedahkan dia kini menghidap penyakit tumor dalam kepalanya yang semakin membesar.
Doktor menasihatkan ‘hero Malaya’ ini untuk segera menjalani pembedahan.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Aaron Aziz
Menerusi muat naik dalam laman Instagram, Aaron turut memuat naik gambar dirinya dimasukkan ke dalam mesin MRI serta memaklumkan tumornya itu semakin membesar.
"90 minit berada dalam benda ni (MRI), doktor kata saya perlukan pembedahan dan cuti sakit selama dua bulan, tapi tak boleh sebab banyak projek yang sedang berjalan sekarang ni. Jadi buat masa ni saya hanya guna ubat untuk hilangkan sakit. Bekerja dalam kesakitan, hanya Allah tahu apa yang saya rasa," katanya dalam postingannya.
Perkongsian Aaron mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang meluahkan rasa terkejut selain mendoakan agar pelakon itu diberikan kesembuhan dan dipermudahkan urusan.
Sebelum ini Aaron pernah mendedahkan bahawa dia mengalami masalah pada bahagian saraf sejak lapan tahun lalu sehingga terpaksa keluar masuk hospital.
Selain banyak berlakon dalam drama dan filem bercorak percintaan, Aaron turut berlakon dalam drama/filem bercorak aksi yang memerlukan dirinya sentiasa cergas dan kuat.
Selain itu Aaron turut memasarkan produk kosmetik jenama dirinya.
Kerana sibuk dengan aktiviti lakonan dan perniagaannya, Aaron membawa isteri, Diyana Halik dan tiga anaknya tinggal di Kuala Lumpur.
Setelah ibunya, Juriana Jaafar, 70, meninggal dunia pada 7 November 2020, Aaron ‘tawar hati’ untuk pulang ke Singapura.
Lakonan terkini Aaron dapat ditonton dalam drama bersiri ‘Suamiku Lelaki Pendosa’ dalam slot Samarinda, TV3 setiap Isnin hingga Khamis. - KitaReporters