Terbaik siswa UUM! Sumbang pelitup muka kepada murid-murid!
Published byKELAB Chapter Anak Perlis Universiti Utara Malaysia (UUM) dan pelajar Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) UUM menyerahkan 650 pelitup muka untuk kegunaan murid Sekolah Kebangsaan Simpang Empat di Perlis. : KitaReporters
Muhammad Saniy Samsudin menyampaikan pelitup muka kepada Guru Besar SK Simpang Empat, Tengku Tun Noorani Tengku Senawi.
Lagi cerita-cerita dari Perlis:
https://kitareporters.com/search?search=perlis
Pengarah programnya, Muhammad Saniy Samsudin, 22, berkata penyampaian pelitup muka ini diharap dapat membantu anak-anak yang bersekolah di luar bandar ini menggunakannya bagi menjaga kesihatan akibat COVID-19 yang melanda negara ini.
"Kami berharap murid-murid sekolah ini dapat menggunakannya sebagai keselamatan diri bagi mencegah jangkitan COVID-19," sambungnya lagi.
Dalam pada itu, pelajar PJJ UUM Nur Sabrina Samsudin, 23, ketika ditemui berkata pemilihan sekolah ini dibuat memandangkan kebanyakan muridnya adalah adalah dari golongan B40.
‘Kami berterima kasih kepada
Yang Dipertua (YDP) Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SK Simpang Empat Dr Nor Hasimah
Ismail dan Guru Besar sekolah ini Tengku Tun Noorani Tengku Senawi kerana sudi
bekerjasama dengan kami untuk menjalankan program ini," katanya ketika ditemui.
Dalam pada itu, Tengku Tun Noorani berkata, "sesungguhnya pihak sekolah mengalu-alukan sumbangan seperti ini bagi menyediakan pelitup muka kepada murid dan gurunya disekolah ini bagi mengelakkan jangkitan COVID-19."
Majlis ini turut dihadiri Penasihat dan ahli jawatankuasa Kelab Chapter Anak Perlis serta ahli jawatankuasaa PIBG SK Simpang Empat. - KitaReporters
Murid SK Simpang Empat yang menerima pelitup muka.
Pelajar PJJ UUM Nur Sabrina samdusin mengedarkan pelitup muka kepada murid sekolah itu.
Muhammad Saniy dan ahli-ahli jawatankuasanya bergambar kenangan dengan YDP SK Simpang Empat Perlis, Dr Nor Hasimah Ismail (dua dari kanan).