GEMPAR satu Malaysia baru-baru ini seorang influencer (pempengaruh) media sosial yang cukup terkenal telah memaki hamun dan melakukan body shaming terhadap seorang pengikutnya dalam laman Facebook. Dia mendapat kecaman dari pelbagai sudut kerana tindakannya itu amat keterlaluan dan cukup melampau. : KitaReporters


Mangsa body shaming membuat laporan Polis baru-baru ini


Lagi cerita-cerita berkaitan media sosial:

https://kitareporters.com/search?search=media+sosial


Menghina tubuh orang lain (body shaming) ini agak makin menjadi-jadi pada zaman media sosial ini

Apakah body shaming ini perkara baharu dalam kehidupan manusia? Apakah pandangan agama Islam mengenai isu body shaming ini? 

Body shaming merupakan salah satu perbuatan yang menyakitkan hati dan perasaan manusia lain. Ia telah berlaku sejak dari dahulu lagi.

Menurut agama Islam, tindakan sebegini amatlah tidak dibenarkan dalam kehidupan bermasyarakat.

Pernah suatu ketika, beberapa orang Sahabat pernah mentertawakan Saidina Abdullah bin Mas'ud kerana beliau memiliki betis yang sangat kurus.

Apabila tindakan itu sampai ke pengetahuan Rasulullah ﷺ , maka Baginda terus menegur perbuatan tersebut dan berkata:

 وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ، لَهُمَا أَثْقَلُ فِي الْمِيزَانِ مِنْ أُحُدٍ 

"Demi Allah yang jiwaku berada ditanganNya, kedua betis beliau (yang kamu ejek itu) lebih berat timbangannya dari Bukit Uhud" (Hadis Riwayat Ahmad).

Satu lagi peristiwa pernah berlaku, apabila ada seorang Sahabat pernah menghina Saidina Bilal R.A. dengan berkata bahawa Bilal seorang yang berkulit hitam. Ya, sememangnya warna kulit Saidina Bilal agak gelap berbanding yang lain.

Namun, tindakan Sahabat yang mempersenda Bilal itu telah menerima teguran daripada Rasulullah:

 إِنَّكَ امْرُؤٌ فِيكَ جَاهِلِيَّةٌ 

"Sesungguhnya engkau memiliki sifat Jahiliah! (kerana mengejek sahabatmu)" (Hadis Riwayat al-Bukhari).

Jelas ditafsirkan mengenai hadis ini bahawa mereka yang mencerca, menghina dan merendah-rendahkan orang lain adalah bersifat jahiliah, bukan bersifat Muslim.

Maka jelas kepada kita bahawa tindakan menghina orang lain tidak kira dalam apa jua bentuk sekali pun adalah suatu tindakan yang hina dan tidak direda oleh agama Islam.

Bukanlah tujuan kita untuk menjatuhkan hukum ini terhadap figura media sosial yang sedang viral kerana melakukan tindakan body shaming tersebut, tetapi perkara ini tidak lebih sekadar untuk memberi pengajaran dan ilmu buat kita semua.

Walau apapun situasi kita, cubalah untuk mengawal diri daripada bertindak secara terburu-buru dan mengikut hawa nafsu. Harus diingat pada setiap waktu, kemarahan itu adalah dari api, dan api itu asal usul penciptaan Iblis dan Syaitan. Wallahu'alam.


Dalam pada itu, influencer media sosial yang terbabit, Eira Aziera telah pun membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pihak-pihak yang dihina dan dimalukan oleh beliau.

Namun, pesan orang dulu-dulu: Terlajak perahu boleh berundur, terlajak kata buruk padahnya!! Semoga semua menjadikan ini sebagai peringatan. - KitaReporters


Assalamualaikum.

Pertama sekali, Permohonan Maaf Secara Terbuka dari Eira ini dibuat berikutan terdapat Dua (2) Insiden yang tular ketika Eira membuat "Live" di Facebook Eira Azira di mana insiden pertama yang tular adalah berkenaan Restoran 35 di Melaka dan insiden kedua melibatkan kata-kata berunsur kesat iaitu (Body Shaming) terhadap individu/Pemilik Akaun Facebook yang bernama Suharnizan Md Sidek.

Jujur Eira katakan, SALAH TETAP SALAH. Sebagai individu yang jauh lebih muda Eira seikhlas hati memohon maaf sebab pada ketika itu Eira gagal mengawal emosi dan amarah sehingga tutur dan kata Eira telah menyinggung hati banyak pihak. Insiden-insiden tersebut telah menyebabkan ramai Follower Eira yang Eira sayang telah berkecil hati dan sekaligus timbul pelbagai salah faham dan prasangka buruk. 

Insiden yang tular ini juga telah memberikan kesan yang amat dalam pada seluruh ahli keluarga Eira, Sahabat², terutamanya Suami Eira dan Anak Eira Qalesya serta Agent² Klubna Laleh dan Miruku di seluruh Malaysia. 

Eira secara peribadi sangat kesal dan berilah peluang pada Eira untuk Eira cuba memperbaiki diri Eira, tutur dan kata Eira pada hari-hari yang mendatang. In Shaa Allah

Permohonan maaf ini dibuat seikhlas hati Eira dan kepada kalian semua yang telah memberikan komen-komen Negatif terhadap Eira sejujurnya Eira telah berlapang dada dan maafkan semua. Kerana anda semua berhak untuk berasa kecewa dengan Eira. Keputusan Eira untuk tampil membuat permohonan maaf terhadap kedua-dua pihak ini dan juga memberi kemaafan untuk anda semua membuatkan Eira lebih tenang menghadapi ujian ini. In Shaa Allah

Eira berharap agar PEMILIK RESTORAN 35 di Melaka dan Pemilik Akaun Facebook SUHARNIZAN MD SIDEK serta seluruh ahli keluarga yang terkesan dengan perbuatan Eira dapat memaafkan kesalahan Eira yang dibuat samada secara sengaja mahupun tidak sengaja melalui posting "Live" di Facebook yang terlibat. 

Akhir kata dari Eira,

"...Maaf adalah tanda keikhlasan selepas melakukan kesilapan. Kerana manusia tidak pernah lari dari melakukan kesalahan. Manusia tidak sempurna begitu juga saya Eira Azira.." 

Wasalam 🙏🏻❤️

15 September 2020

4
0
1
1
0

Copy Link: