DEMI mengelak penularan pandemik Covid-19, tiada sebarang aktiviti sepak takraw secara berjumpa beramai-ramai dibenarkan untuk dilangsungkan apatah lagi sepanjang tempoh lockdown atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di kebanyakan negara seluruh dunia. : KitaReporters

JURULATIH sepak takraw dalam talian mampu dilahirkan biarpun dalam tempoh PKP atau lockdown akibat Covid-19.


Larangan tegas Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) dan Persekutuan Sepak Takraw Asia (Astaf) itu meliputi pertandingan, mesyuarat, perhimpunan, klinik sukan dan seumpamanya namun sedikit kelonggaran masih diberikan kepada aktiviti dalam talian.

Antara aktiviti ahli gabungan Istaf yang terpaksa ditangguhkan gara-gara Covid-19 ialah Kejohanan Asia di Dhaka, Bangladesh (19 hingga 23 Mac), Sukan Pantai Karachi di Karachi, Pakistan (9-13 April) dan Kejohanan Belia Bawah 21 Tahun Asia di Taipei, Taiwan (6-13 April).

Lain-lain yang ditunda ke Ogos ini termasuk tiga anjuran Persatuan Sepak Takraw China (CSTA) - Kejohanan Asia di De Hong, Yunan (26 Mei-2 Jun), Piala Jemputan China di Jinhua, Zheijang (3-6 Jun) dan Kejohanan Pantai Asia Kedua di Qingdao (9-14 Julai).

Sekalipun tertangguh buat sementara atas sebab kesihatan dan keselamatan, Setiausaha Agung Istaf, Abdul Halim Kader berkata, sepak takraw masih mampu ‘hidup’ dan ‘tidak akan berkarat’ tanpa perlu melanggar arahan kerajaan negara masing-masing.


ABDUL HALIM KADER


Justeru Istaf kata Abdul Halim, menyarankan kesemua 50 negara ahli gabungannya untuk mengadakan Kursus Kejurulatihan Sepak Takraw Bertauliah Dalam Talian bagi Tahap Permulaan dan Tahap 1 Istaf dan Rantau Astaf.

“Istaf menyokong Kursus Kejurulatihan Permulaan dan akan menyediakan kandungannya tetapi menggalakkan setiap persatuan ahli gabungan Istaf, menjalankan kursus itu dalam sesi selama empat jam sehari mulai Jun ini.

“Kursus kejurulatihan dalam talian ini juga perlu dijalankan dalam tempoh dua minggu bagi Tahap Permulaan.

"Sebaik sahaja melengkapkannya, setiap persatuan ahli gabungan boleh mengeluarkan Sijil Perakuan dengan sokongan Istaf,” katanya.

KEMAHIRAN menimang bola antara ciri-ciri asas yang wajib diterapkan dalam kursus kejurulatihan sepak takraw Tahap Permulaan termasuk secara atas talian.


Bagi Tahap 1 Istaf dan Rantau Astaf jelasnya, setiap persatuan ahli gabungannya diperuntukkan lima slot calon dan perlu memiliki prasyarat tertentu seperti mampu berbahasa Inggeris dan berpengalaman sekurang-kurangnya tiga tahun pada peringkat kebangsaan negara mereka.

Pendaftaran bagi kesemua kursus itu juga akan dibuka menerusi dalam talian, tidak lama lagi.

KEJURULATIHAN sepak takraw online turut mementingkan bimbingan membuat servis yang tepat dan berkesan oleh tekong.

8
1
0
0
1

Copy Link: