KESEMPITAN hidup yang dialami masyarakat ketika mereka kini berada dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat (PKPB) mulai Jumaat, 19 Februari 2021 yang dikenakan oleh kerajaan berikutan penularan pandemik COVID-19 semangnya memberi kesan mendalam kepada mereka yang terlibat.

Pengalaman hidup sama ada dalan PKP, PKPD atau PKPB yang pertama dirasai rakyat negara ini sejak negara mencapai kemerdekan menjadi satu kenangan dan sejarah hidup masing-masing.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan PKPB:

https://kitareporters.com/search?search=pkpb


Pengarah Negeri BSN Terengganu Mohammad Khasnieddy Khasimi (dua dari kiri) bersama Ahli Jawatankuasa Besut Maju turun padang mengagihkan sumbangan kepada golongan asnaf


Lebih malang kepada golongan yang tidak mempunyai pendapatan tetap kerana mereka tidak lagi boleh menjalankan aktiviti harian untuk menyara hidup keluarga.

Namun, keprihatinan rakyat negara ini terutama Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan syarikat koporat yang mengambil peduli akan kesusahan golongan yang terkesan dengan memberi pelbagai bantuan dan sumbangan sepatutnya disanjung tinggi oleh masyarakat.

Pertubuhan Besut Maju adalah antara NGO yang paling aktif di daerah Besut apabila setiap kali penduduk daerah itu mengalami musibah dan berhadapan dengan masalah, jawatankuasanya terus turun padang untuk memberi bantuan.


Antara golongan asnaf yang menerima sumbangan daripada Pertubuhan Besut Maju


Terbaharu, Besut Maju dengan kerjasama Bank Simpanan Nasional (BSN) Terengganu bertindak proaktif menyelami kehidupan komuniti di daerah itu yang masih berada dalam PKPB selepas tamatnya PKP pada Khamis, 18 Februari 2021 dengan menjejak golongan asnaf untuk diberikan bantuan.

Pengerusinya,  Datuk Mohd Nawawi Ismail berkata, program cakna komuniti tersebut menyasarkan golongan asnaf yang tinggal di sekitar daerah itu yang sememangnya memerlukan bantuan terutama barangan keperluan dapur.


Datuk Mohd Nawawi Ismail


Katanya, menerusi program itu seramai 75 golongan asnaf dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Putera, Jertih dan Jabi dipilih sebagai penerima bantuan.

Beliau berkata, barangan termasuk beras, minyak masak, gula, tepung gandum, susu, kicap, tomato, sos cili dan sardin yang bernilai RM100 setiap seorang penerima.


Seorang warga emas yang turut menerima sumbangan daripada Pertubuhan Besut Maju


“Saya mengucapkan terima kasih kepada BSN Terengganu yang turut sama berkongsi kesusahan rakyat dengan memberi sumbangan berkenaan,” katanya.

Pertubuhan Besut Baru ditubuhkan pada 2015  dengan keahlian sekarang seramai 550 orang terdiri daripada ahli koporat, pesara kerajaan bekas pegawai tinggi polis dan tentera.


Barang-barang untuk diagihkan dimuat ke dalam kenderaan untuk edaran dari rumah ke rumah


Katanya, pada setiap tahun pertubuhan  itu turut menyalurkan bantuan kepada pelajar miskin di daerah dengan memberi bantuan kewangan dan peralatan pendidikan.

“Insya-Allah pada bulan Ramadan nanti pihaknya sudah bersiap sedia untuk memberi sumbangan kepada golongan kurang berada di sekitar daerah itu,” katanya. - KitaReporters

1
0
0
0
0

Copy Link: