SYABAS IKRAM! 3 JAM UNTUK CIPTA LAGU CORONA
Published byAnak kelahiran Lahad Datu, Sabah ini mencipta muzik terlebih dahulu sebelum menulis lirik yang mengisahkan wabak penyakit Koronavirus-2019 (COVID-19).
Katanya, idea untuk mencipta muzik dan lirik ini diperolehi selepas mengikuti perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Saya mendapat ilham mencipta lirik lagu ini selepas Majlis Keselamatan Negara mengarahkan rakyat terus duduk di rumah dan mematuhi PKP bagi memutuskan penularan wabak Koronovirus." katanya ketika ditemui.
Ikram menambah hasil daripada itu, dia terus menulis lirik antaranya:
"duduk di rumah, jangan ke mana-mana dan jangan keras kepala nanti corona masuk ke dalam rongga-rongga".
Siswa, yang memiliki alat muzik sendiri di dalam biliknya hasil duit yang terkumpul sepanjang pengajiannya, bercita-cita untuk menjadi pemuzik tanah air sekiranya mendapat sokongan daripada mana-mana pihak.
Ikram sebelum ini telah menghasilkan banyak muzik ciptaannya tetapi semuanya disimpan.
Namun, penghasilan muzik dan lirik kali ini ingin dikongsi bersama rakan-rakan mahasiswa yang lain ketika berada di kampus bagi mematuhi PKP yang diarahkan oleh kerajaan. - KitaReporters