SELEPAS menangguhkan majlis pernikahannya, yang sepatutnya berlangsung pada Ahad, 5 April 2020, ekoran penularan wabak COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),  Joe Flizzow dikatakan kini sibuk tercari-cari kereta Kancil berwarna putih yang ada nilai sentimental kepadanya. Apa cerita ni, Joe?? : KitaReporters

Joe dan Marini ketika majlis pertunangan pada hujung Disember 2019. - Kredit foto: Selebriti sensasi

Mula-mulanya, hip-hop terkenal, Joe Flizzow menangguhkan majlis pernikahan dengan Marini Ramlan akibat PKP yang dikuatkuasakan bagi membendung pandemik COVID-19. Ikut jadual asal majlis pernikahan berlangsung Ahad, 5 April 2020. 

Kerana pelbagai aturan yang ketat dalam mengadakan majlis pernikahan termasuk jumlah kehadiran yang dibatasi Joe atau Johan Ishak mengambil keputusan menunda majlis pernikahan dan resepsi perkahwinan sehingga wabak Covid-19 reda.

Ini kerana Joe mahu majlis yang bermakna, meriah dengan dihadiri ramai saudara-mara dan kenalan. Justeru Joe rela menundakan pernikahannya. 

Joe dan Marini bertunang pada 29 Disember 2019.

Mereka berkenalan sejak 15 tahun lalu dan mula rapat sejak 2016.

Sementara itu, Joe turut cuba mendapatkan semua kereta Kancil berwarna putih dengan nombor pendaftaran WEJ 7339.

Ia memiliki kenangan peribadi kepada Joe yang menjadikan kereta Kancil itu sebagai kenderaannya ketika ia mula menjadi penyanyi hip-hop.

Joe minta untuk kembali mendapatkan kereta Kancil itu melalui Instagram @malaysianhuslers.

Joe Flizzow dan Malique Ibrahim menubuhkan kumpulan Too Phat pada 1998 dan berpecah pada 2007. - KitaReporters

0
2
0
0
0

Copy Link: