Video| Kerana dendam, sakit hati! Bekas suami robohkan rumah dibinanya! Di atas tanah bekas isteri!

Published by
KitaReporters

Rumah mewah dirobohkan kerana tak mahu didiami bekas isteri. - Kredit foto: dari IG @undercover id


Banyak kes perceraian berakhir dengan perkara tidak enak. Akibat marah dan dendam setelah menjadi bekas suami atau bekas isteri, seseorang itu sanggup melakukan perkara kurang wajar membabitkan harta sepencarian. 

Daripada rumah yang dibinanya terus didiami bekas isteri, seorang lelaki bernama Suaib sanggup merobohkan rumah yang dianggap mewah itu di kampungnya di Kabupaten Pamekasan, Jawa Timur, Indonesia.

Rumah tersebut dianggarkan bernilai Rp500 juta (kira-kira RM150 ribu) yang sudah dianggap mewah di kampungnya.




Setelah beberapa mediasi dilakukan oleh beberapa pihak, termasuk anggota keluarga dan pihak agama.

Ada pihak yang mencadang rumah mewah itu diserahkan kepada dua anak yang semakin membesar. Namun hasilnya tetap gagal.

Dan pada Khamis, 7 Mei 2022 lalu, Suaib membawa bulldozer (jentolak) untuk merobohkan rumah itu dengan dibantu oleh sejumlah penduduk kampung.

Bekas isteri dan anak-anak pilu menyaksikan rumah yang mereka diami selama ini musnah.



Perobohan rumah itu cepat tular di Indonesia bermula daripada akaun Instagram @undercover.id pada Sabtu, 9 Julai 2022 dan sejumlah media elektronik dan cetak.

Perkara yang terjadi ini banyak berlaku seumpamanya di Indonesia apabila rumah yang dibina bukan atas milik diri sendiri, sebaliknya milk isteri.

Namun apabila berlaku perceraian terjadi tindakan di luar kawalan, akibat dendam. - KitaReporters


8
23
0
14
0

Copy Link: