Video| Alah kreatifnya! Kerana si kecil terlalu lasak! Emma Maembong 'kerjakan' anak ketika lena!
Published byMEMPUNYAI anak sedang melasak sangat memenatkan! Semua benda mahu dilakukan sendiri.
Namun sebagai ibu bapa semestinya memantau pergerakan si kecil supaya setiap langkah selamat dan tidak terdedah dengan bahaya.
Terbaharu menerusi Instagram, aktres jelita, Emma Maembong berkongsi momen indah bersama anaknya.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan kanak-kanak lasak
Ibu muda kelahiran Terengganu itu memuat naik video dia bersama suaminya ‘mengerjakan’ anak yang sedang lena tidur untuk memotong rambut bahagian depannya yang panjang dan melebihi mata.
Mungkin Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail itu tahu, sekiranya proses memotong rambut dilakukan semasa anaknya sedang cergas pasti menjadi lebih kalut menyebabkan pasangan ibu bapa muda itu memilih melakukan kerja berkenaan ketika anaknya sedang lena.
Menariknya, proses berkenaan dilakukan dengan berhati-hati supaya anaknya tidak tersedar.
Dia memulakan aktiviti berkenaan dengan meletakkan kain pelikat menyelimuti badan anaknya yang sedang lena.
Lagi melucukan suaminya, Muhammad Shazli Azhar meletak sejenis plaster di bahagian hadapan rambut sebelum menggunakan alat pemotong untuk menggunting rambut anak lelakinya tunggal.
Namun pasangan itu bersyukur, sepanjang ‘projek’ dilakukan ituanaknya kekal lena dan hanya menyedari rambutnya dipotong sebaik sahaja bangun daripada tidur.
Inilah perjalanan membesarkan anak, besar pengorbanan ibu bapa semoga si cilik hencem itu akan kenang jasa dan pengorbanan ibu bapa mereka apabila besar kelak.
Menjenguk ke ruangan komen, ramai memuji langkah pasangan suami isteri itu yang kreatif.
Mungkin pasnagan tersebut tahu anaknya yang lasak menyebabkan mereka perlu mengambil langkah selamat supaya dapat menjaga penampilan anak kecilnya. - KitaReporters