Video| Tiada penyingkiran minggu ke-2 Hijrahkan Laguku! Nash peserta terbaik! Ada juri tambahan!
Published byPENYANYI legenda, Datuk Nash, dinobatkan sebagai peserta
terbaik buat minggu kedua program realiti Islamik, Hijrahkan Laguku (HL)
terbitan TV Al-Hijrah.
Bertemakan Growing Up, persembahan minggu kedua malam semalam telah meninggalkan kesan mendalam apabila separuh daripada artis memilih untuk membuka persembahan mereka dengan bacaan ayat suci Al-Quran serta potongan doa.
Keputusan ini dilihat bagaikan memahami kehendak penonton yang masih tidak puas melihat kesemua bintang HL berdakwah menerusi lirik dan melodi lagu.
Lagi kisah-kiran menarik berkaitan program TV realiti
Kekuatan vokal, lirik serta persembahan mantap Nash yang menyampaikan lagu Asli menambat hati juri lantas diumumkan sebagai juara persembahan dengan peratusan paling tinggi iaitu 77 peratus. Ia sekali gus menyaksikan, juara mingguan membawa pulang wang tunai bernilai RM3,000.
Bagaimanapun, Nash membuat keputusan untuk menyumbangkan wang kemenangan tersebut kepada salah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang akan dikunjunginya bersama pasukan Hijrah Prihatin Hijrahkan Laguku iaitu Pusat Genius Kurnia.
Selain itu, Pengurus Penjenamaan dan Kajian Pengguna, Zulkarnaen Mokhtar berkata, minggu ini juga tiada penyingkiran berlaku buat kesemua peserta HL.
Namun konsep rancangan ini masih kekal di mana hanya seorang penyanyi bakal bergelar juara HL.
"Minggu ini adalah minggu bonus kepada para peserta.
Peluang tidak harus disia-siakan. Mereka perlu kembali pada minggu hadapan
dengan lebih baik.
"Kami menjangkakan gaya penyampaian dakwah serta strategi menghijrahkan lagu dan melodi yang lebih mantap pada minggu seterusnya dengan tema berlainan yang pastinya lebih mencabar.
Episod kedua HL juga dilihat sedikit berbeza apabila pihak produksi menampilkan juri tambahan iaitu Hazamin Inteam
"Minggu pertama HL dilihat sedikit tegang apabila media sosial kami dipenuhi dengan lambakan komen-komen netizen yang mahukan juri lain yang berpengalaman luas dalam penggubahan lirik lagu ketuhanan selain Fauzi Marzuki.
"Kami yakin kredibiliti Fauzi Marzuki sebagai juri tetap. Namun kami ambil kira juga pandangan penonton yang mahukan penambahbaikan.
"Minggu kedua dan seterusnya, kita tambah lagi seorang juri jemputan yang berpengalaman dalam rencah lirik lagu dakwah dan ketuhanan," jelas Zulkarnaen.
Bertemakan Growing Up, persembahan minggu kedua meninggalkan kesan mendalam apabila separuh daripada artis memilih untuk membuka persembahan mereka dengan bacaan ayat suci Al-Quran serta potongan doa.
Terdahulu, peserta Zaf VE melantunkan doa buat ibu bapa, manakala Shahir Zawawi pula membaca potongan ayat dari surah Ar-Rahman. Manakala Dato' Nash serta Rahmad Mega mengalunkan kalam Allah dari surah As-Shams dan Al-Baqarah.
Hijrahkan Laguku yang bersiaran setiap Sabtu, jam 9 malam mendapat tajaan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), dan Hotel Premiera Kuala Lumpur.
Klip sedutan sesi latihan vokal, persiapan persembahan dan trivia para peserta boleh ditonton melalui liputan kapsul yang disiarkan setiap hari, jam 7.55 malam.
Siaran ulangan HL turut boleh ditonton di TV AlHijrah pada setiap Ahad, jam 4.30 petang. Manakala rancangan Hijrah Prihatin bersama artis HL pula disiarkan setiap Sabtu dan Ahad, jam 1 tengah hari. - KitaReporters
Iwan Shazman
Mark Adam
Rahmad Mega