Alhamdullillah... Nasihat Nabi Muhammad SAW terpampang pada papan iklan (billboard) di Chicago, Amerika Syarikat. Jumlah kematian akibat Covid-19 di Amerika Syarikat sudah mencecah lebih 55,000 orang dan jumlah rakyat yang dijangkiti pula menghampiri 1 juta kes menyebabkan sebahagian rakyatnya yang berbilang agama dan bangsa mula mencari apa hikmah yang ditunjukkan di sebalik musibah melanda di seluruh dunia amnya dan negara mereka khususnya. : KitaReporters


Kredit foto: FB Gain Peace


Menurut seorang rakyat Malaysia yang sudah mendapat status Permastautinan Tetap (PR) Amerika Syarikat, Wan Azieda Abdul Rahim, 58, penduduk di negara kuasa dunia itu mula mencari perkara berbentuk kerohanian sebagai menangani ketakutan, trauma atas apa yang sedang menimpa mereka.

"Kata seorang rakyat Georgia beragama Kristian, sekarang Tuhan sedang membersihkan dosa, tiada maksiat, tiada hiburan di bandar yang tidak pernah tidur, jenayah berkurang dan seolah-olah semua sedang menjalani hukuman.

"Kami reda dan mencari hikmah di sebalik apa yang berlaku dan saling menasihati agar semua menjaga diri," katanya kepada wartawan.

Wan Azieda Abdul Rahim (kiri) bersama anak dan cucunya (di tengah).


Beliau turut menceritakan perubahan sikap rakyat mula dilihat semakin ketara dan penerimaan terhadap agama Islam semakin hari semakin baik.

"Mereka tidak lagi melihat Islam sebagai ancaman sebaliknya melihat ada kuasa lebih besar melebihi kuasa manusia kerdil yang sentiasa mahu bertelagah sesama sendiri serta membuat keputusan salah sehingga jejaskan nasib orang lain," katanya.

Azieda yang berasal dari Kuala Lumpur berhijrah ke Amerika Syarikat sejak tahun 2003 dan sudah mempunyai dua anak hasil perkahwinan dengan rakyat di negara itu.

Bagaimanapun suaminya sudah meninggal dunia dan dia memutuskan untuk meneruskan kehidupan di negara Uncle Sam itu.


Dalam pada itu, memetik Facebook GainPeace, pihaknya sudah melancarkan nasihat melalui hadis Nabi Muhammad S.A.W di papan iklan Chicago, Amerika Syarikat dalam menghalang penularan koronavirus.

Gain Peace adalah sebuah pertubuhan bukan Islam yang bermatlamat menjelaskan kebenaran Islam serta menghapuskan sentimen antiIslam di Amerika Syarikat.

Iklan berkenaan merangkumkan tiga nasihat Rasulullah S.A.W iaitu kerap membasuh tangan, jangan tinggalkan kawasan dijangkiti wabak dan jangan masuk ke dalam kawasan dijangkiti.

Mesej pada papan iklan itu berusia lebih 1,400 tahun itu seiring dengan garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk berdepan dengan COVID-19.

Papan iklan yang mengandungi inti pati hadis Nabi Muhammad S.A.W ini berkait dengan pesanan baginda berdepan wabak yang diriwayatkan Imam Bukhari dan Imam Muslim :

  • ''Kebersihan berasal dari iman. Basuh tangan anda setelah terbangun." 
  • ''Mereka yang mempunyai penyakit berjangkit, tinggal jauh dari orang yang sihat." 
  • "Jika anda mendengar wabak di suatu di negara, jangan pergi ke sana, jika ada wabak di lokasi anda, jangan tinggalkan tempat tersebut." 

Pesanan hadis ini menekankan tanggungjawab agama setiap individu dan masyarakat untuk mencegah penularan penyakit berjangkit dengan selalu membasuh tangan, menjauhi tempat awam dan mengehadkan pergerakan semasa wabak. - KitaReporters




Kredit foto-foto: FB Gain Peace (https://www.facebook.com/GainPeace/)

4
1
0
0
0

Copy Link: