PJ City FC ucap selamat tinggal kepada Liga Malaysia! Tapi terbuka untuk dibeli atau diambil alih!
Published bySetelah beberapa tahun bertahan di Liga Malaysia (Liga M) akhirnya, Petaling Jaya (PJ) City FC terpaksa mengucap selamat tinggal selepas mengesahkan bahawa pasukan ini tidak akan beraksi lagi di Liga Malaysia pada musim hadapan.
Hari ini, Jumaat, 11 November 2022, pihak pengurusan PJ City telah mengadakan sidang media khas di Petaling Jaya untuk memaklumkan status terkini pasukan ini.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pasukan PJ City FC
Antara faktor yang diberitahu adalah disebabkan perjalanan kelab ini sudah berubah dari perancangan awal dan berkenaan faktor kewangan pula, ia bukan isu utama mereka tarik diri.
Sebelum ini, ada desas desus mengatakan bahawa PJ City mengalami masalah kewangan sehingga menyukarkan mereka untuk meneruskan saingan pada musim hadapan.
Untuk mereka yang tidak tahu, PJ City FC satu-satunya kelab yang membariskan 100 peratus pemain tempatan dalam bersaing bersama pasukan lain pada Liga Malaysia.
Mereka juga menjadi contoh kepada pasukan-pasukan lain yang berani menampilkan pemain tempatan.
Musim hadapan, kouta pemain import makin bertambah, sedikit sebanyak ia menjejaskan perjalanan PJ City.
Walau bagaimanapun, PJ City masih terbuka untuk mana-mana pihak yang berminat untuk membeli atau mengambil alih pasukan ini agar ia dapat terus ada di Liga Malaysia. - KitaReporters
Kredit Foto : PJ City