Gelinya! Ramai nak muntah! Tapi tontonan tetap tertinggi! Wanita selamba je mukbang katak rebus!
Published bySEBUT sahaja katak, pasti ramai yang mula rasa geli-geleman. Haiwan yang hidup dua alam atau dipanggil amfibia ini antara haiwan yang haram dimakan oleh orang Islam. Namun, tidak bagi yang bukan beragama Islam.
Justeru, aksi mukbang seorang wanita Indonesia dalam TikTok menikmati hidangan katak rebus mendapat perhatian netizen. Ia mendapat perhatian kerana wanita itu dengan selamba meratah katak yang lengkap keseluruhannya, ada kaki dan juga kepala. Hanya jari katak itu sahaja yang dibuang.
Jadi, kelihatan seperti dia memakan seekor katak hidup apatah lagi ia hanya direbus sahaja.
Katak merupakan haiwan dua alam atau amfibia.
Kebanyakan komen menunjukkan reaksi geli, jijik dan mahu termuntah. Apatah lagi keadaan fizikal katak tersebut yang tidak dipotong kecil dan dibuang kulitnya.
Antara reaksi netizen melihat aksi wanita ini.
Dalam permulaan video tersebut, wanita itu menjelaskan bahawa katak-katak itu akan direbus dan dimakan. Aksinya menikmati daging katak itu pada bahagian paha dan kepala dengan bersungguh menyebabkan netizen mula rasa mual.