KEPAYAHAN tiga beradik mencari rezeki berniaga di tepi jalanan dengan menjual mi sup setelah ditimpa ujian gerai mereka hampir roboh dipukul oleh angin kuat dan hujan lebat walaupun baru dua minggu berniaga mengundang perhatian ramai dalam media sosial.

Menerusi video yang dikongsi oleh pengguna media sosial bernama @the champkl, menunjukkan gerai mereka roboh setelah dibadai angin kuat namun tetap kuat menghadapi dugaan dalam perniagaan mereka.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan gerai-gerai makan


Baru dua minggu berniaga, hari ini kami diuji,” luahnya.

Meninjau dalam ruangan komen, pengguna media sosial memberi kata semangat kepada tiga beradik itu dengan menyatakan kejayaan itu akan dapat diraih setelah belajar melalui pengalaman mengalami kegagalan.



“Jangan putus asa dik, selama abang berniaga pun memang seperti ini. Nanti abang buat tutorial biar kanopi tidak roboh,” jelas @PondokMinang.

“Setiap ujian, ada hikmahnya di kemudian hari. Mungkin rugi hari ini, esok untung berganda-ganda, insya-Allah,” ujar @Ipang.

“Ini akan menjadi kenangan manis bila kamu berjaya suatu hari nanti, insyaallah. Allah nak beri yang lebih baik,” tulis @IkanBakarPetaiBanjir. - KitaReporters


18
11
0
24
0

Copy Link: