Ahmad Farhan (kanan) mewakili Perdana Menteri untuk menyantuni Sazali dan isteri. - Kredit foto dari FB Anwar Ibrahim
Menjadi pemimpin terbilang perlu menyantuni rakyat yang memerlukan bantuan dan ia membuat semakin disayangi masyarakat.
Inilah yang dilaku oleh Perdana Menteri ke-10 (PMX) Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim sesuai dengan konsep Malaysia Madani yang diperkenalnya.
Kisah kesukaran hidup anak P. Ramlee, Sazali, 64, meneruskan kehidupan setelah tidak boleh bekerja selepas terbabit dalam satu kemalangan tular termasuk cerita terbaharu mengenai kesusahan mendapatkan sumbangan untuk kos rawatan tulang belakang dan saraf pada leher isterinya, Hamidah Hitam, 61,
Sehubungan itu, Perdana Menteri tampil menyerahkan sumbangan pada Jumaat, 1 September 2023 lalu melalui Setiausaha Politiknya, Ahmad Farhan Fauzi kepada Sazali dan isterinya di rumah mereka di Semenyih, Selangor.
Anwar menerusi perkongsian dalam Facebook miliknya pada Jumaat memaklumkan kunjungan Setiausaha Politiknya di kediaman Sazali dan berharap sumbangan yang diberikan dapat meringankan beban Sazali sekeluarga
"Baru-baru ini timbul laporan yang memberitakan penderitaan yang merundung saudara Sazali yang juga anak kepada Seniman Agung Negara, Allahyarham P Ramlee.
"Malang buat beliau tatkala terbabit dengan kemalangan sehingga jatuh dalam kategori Orang Kurang Upaya (OKU) dan tidak lagi punya kekuatan untuk bekerja dan mencari rezeki. Kini isterinya memerlukan perhatian dan rawatan segera dari doktor akibat masalah tulang belakang dan saraf di leher.
"Lantaran itu, saya telah mengutuskan Setiausaha Politik saya saudara Ahmad Farhan Fauzi untuk segera ketemu saudara Sazali dan menyampaikan bantuan daripada pihak saya. Alhamdulillah, saudara Farhan telah berjumpa Sazali petang tadi.
"Saya amat berharap sedikit sumbangan dari pihak saya ini dapat meredakan beban yang ditanggung Sazali dan isteri. Saya mendoakan urusan rawatan dipermudah serta lekas diberi kesembuhan oleh Allah SWT, Insya-Allah," tulisnya.
Rumah Sazali P Ramlee di Semenyih, Selangor
Sazali sebelum ini berhasrat menemui Anwar bagi membantu memperpanjang kutipan royalti lagu karya P Ramlee sekurang-kurangan 20 tahun lagi kerana dia dan isteri bergantung kepada hasil rolyalti yang diurus oleh MACP.
Kutipan royalti untuk lagu-lagu karya P Ramlee selama 50 tahun berakhir pada 29 Mei 2023.
Biarpun impiannya untuk bertemu Perdana Menteri tidak kesampaian namun dia tetap bersyukur dengan bantuan yang dihulurkan oleh Anwar melalui Setiausaha Politik, Farhan Fauzi.
Jumlah sumbangan Perdana Menteri tidak didedahkan. - KitaReporters
Sazali turut memperlihat kepada Farhan gambar-gambar kenangannya bersama P Ramlee