Faezah Elai dikecam? Apa hal? Tudung labuh, mulut celupar??
Published byPAKAI tudung labuh pun salah. Yang betul hanyalah netizen!!! Sepatutnya kita mendoakan yang baik-baik bukannya mencela sesuka hati. Itulah yang terjadi kepada pelakon Faezah Elai apabila ‘dicarut’ (dicerca) oleh segelintir netizen yang suka mencari salah artis. : KitaReporters
Anak jati Pulau Pinang ini berkongsi tangkap layar komen buruk netizen mengenai dirinya yang dikatakan celupar dalam Instagramnya walaupun bertudung labuh.
“Pakaian ikut sunah, lidah ikut syaitan. Selain tutup dada, mulut juga jangan buka dengan menyakiti hati orang,” tulis segelintir netizen.
Menurut Faezah, niatnya memakai tudung bukan untuk
menggembirakan sesiapa tetapi untuk menjadi insan yang lebih baik sesuai dengan
tuntutan Islam.
“Apa sahaja tudung yang saya pilih untuk dipakai,
bukan kerana cuba menggembirakan sesiapa sahaja. Ini kerana saya berasa selesa
dan berusaha keras untuk menjadi orang yang lebih baik sebagai seorang Muslim.
“Sekiranya anda sedar, dalam Instagram (IG) saya,
selain ulasan IG, saya hanya menulis mengenai diri saya.
“Jadi, apa yang saya jelaskan mengenai tudung ini sebab tak nak orang salah faham dan jadi fitnah.
"Sudah nak masuk dua tahun saya berhijab, tak pernah cuba untuk jadi ikon Muslimah pun! Tak pernah cuba pun nak berdakwah dalam media sosial sebab diri sendiri pun ke laut dalam,” tulisnya.
Mengenai dakwaan mengatakan mulutnya celupar dan suka berkata kasar, jelas Faezah ini kerana dia adalah anak jati Pulau Pinang.
Katanya percakapan orang utara memang kedengaran kasar.
“Saya anak jati Pulau Pinang. Jadi, memang cakap utara. Percakapan utara memang bunyinya kasar sampai anda samakan macam syaitan.
"Berkenaan itu, saya minta maaf sekiranya percakapan saya itu melukakan hati anda. Anda sentiasa boleh tidak mengikuti (unfollow), tiada masalah,” terangnya.
Faezah menempelak netizen yang berkata buruk terhadapnya.
Semoga penjelasan Faezah itu memberi jawapan kepada
para pembenci (hater) yang suka mencela tanpa usul periksa. Memang diakui
loghat utara kedengaran agak kasar.
Sungguhpun begitu, masih ramai netizen yang cuba mencontohi Faezah dalam pemakaian tudung labuh.
Satu ikutan yang sangat baik dan dalam ada yang mencela, ramai lagi yang berfikiran positif. - KitaReporters