DISEBABKAN kenaikan harga barang dan taraf hidup di bandar-bandar besar membuatkan ramai pihak penyewa rumah atau bilik mengambil kesempatan dengan menaikkan harga sewa dengan kadar yang memang tak masuk akal langsung.

Tular dalam Twitter baru-baru ini, seorang pengguna berkongsikan gambar ruang kecil tanpa dinding atau penghadang di Chow Kit disewakan dengan harga yang tak masuk harga iaitu RM450 sebulan

Oleh sebab itu, perkongsian ini telah mendapat kritikan yang sangat negatif dengan harga yang diletakkan kepada penyewa yang ingin menyewa ruang sekecil ini.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan harga mahal


Rata-rata netizen memang tidak bersetuju dengan harga tersebut kerana dikatakan sangat mahal. Malah, harga ini memang tidak wajar dikenakan kepada penyewa dengan ruangan yang sangat sempit.







Ada juga netizen yang berkongsi pengalaman yang sama di bandar-bandar besar kerana harga yang disewakan semakin hari semakin melampau membuatkan ramai orang yang tidak mampu. Malahan ada antara mereka yang berpendapat Malaysia akan menjadi ke arah seperti negara-negara maju sama seperti Hong Kong.

Seperti kita tahu, penduduk di Hong Kong terpaksa menyewa rumah sebesar rumah keranda dan bukannya hidup mewah seperti yang dibayangkan kerana jurang ekonomi yang terbesar. - KitaReporters


20
10
0
9
1

Copy Link: