Shah Rukh Khan bersama pasukan peguam pembelaan anaknya Aryan Khan. - Kredit foto: The Indian Express


Kepulangan Aryan Shah, 24, ke kediaman mewah ayah dan ibunya Shah Rukh Khan dan Gauri Khan yang dikenali sebagai Mannat disambut meriah sehingga ke lewat malam, 30 Oktober 2021.

Sekumpulan ahli Kelab Peminat SRK mengadakan pesta meriah sehingga tidak sedar melanggar protokol kesihatan Covid-19 kerana ada yang berhimpit-himpit.

Menurut laporan Hindustan Times, mereka menari dengan paluan gendang dengan rentak dhol dan bersorak di depan Mannat menyambut kepulangan anak kesayangan SRK itu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Shah Rukh Khan


Sambutan itu seperti sambutan perayaan Deepavali yang bakal disambut pada 4 November 2021 ini. Ahli Kelab Peminat SRK ini turut membawa sepanduk besar mengalu-alukan kepulangan Aryan.

Namun mereka yang berkumpul di luar Mannat tidak dapat melihat wajah Aryan ketika kereta yang membawanya masuk ke dalam pagar Mannat.

Kemunculan ratusan ahli Kelab Peminat SRK itu menimbulkan gosip bahawa kehadiran mereka dibayar pihak tertentu untuk memperllhatkan populariti Aryan tidak terjejas.

Aryan Khan dibebaskan dari penjara. - Kredit foto: IG Varinder Chawla


Aryan dibebaskan kira-kira jam 11.30 pagi waktu tempatan, 30 Oktober 2021. Dia dijemput oleh ketua pengawal peribadi SRK dan diiringi beberapa kereta menuju Mannat. 

Suasana di luar penjara Arthur Road dipenuhi orang ramai sehingga sejumlah anggota polis dikerah untuk membuat kawalan bagi mengelak perkara tidak diingini.

Ada yang cuba melihat kelibat SRK sama ada menyambut keluarnya Aryan dari pintu penjara. Namun harapan mereka tidak kesampaian kerana SRK tidak hadir menyambut keluarnya Aryan daripada penjara.



Aryan dilihat masuk ke dalam kereta pengawal peribadi Shah Rukh Khan yang tiba untuk mengambilnya dari penjara Arthur Road.

Sebelumnya, pada Khamis, 28 Oktober 2021 lalu Mahkamah Tinggi Bombay membenarkan permohonan ikat jamin ke atas Aryan.

Aryan dijamin oleh rakan SRK, pelakon Juhi Chawla dengan menyerahkan cek bernilai 1 juta lakh (kira-kira RM 550 ribu) kepada mahkamah. - KitaReporters


Peminat-peminat SRK dan Aryan meraikan pembebasan Aryan dari penjara selepas diikat jamin. - Kredit foto: The Indian Express


21
10
0
15
0

Copy Link: