Berita Terkini| Peniaga musang king putih mata rugi RM178k! Diperdaya gadis sertai pelaburan!
Published byKetua Jabatan Siasatan jenayah Komersial Pahang, Superitenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof. Kredit Foto; UtusanOnline
Gara-gara mahu mengejar keuntungan selepas menyertai skim pelaburan dalam talian seorang peniaga durian musang king di Raub, Pahang berputih mata apabila rugi sebanyak RM178,138.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan jenayah Komersial
Pahang, Superitenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof lelaki berusia 28 tahun itu
terdahulu diperdaya seorang gadis yang dikenali melalui aplikasi WhatApp yang
memperkenalkan skim pelaburan pada 19 Mac lalu.
Gadis bernama Qian Qian itu kemudian memperdaya mangsa
supaya menyertai skim pelaburan melalui Internet.
“Untuk membuat pelaburan ini, mangsa diminta melayari
pautan h5.amgm88.com dan mendepositkan sebanyak RM500 kepada akaun yang
diberikan.
“Pada permulaannya, mangsa menerima keuntungan RM807
dan akhirnya berminat meneruskan pelaburan kerana mempercayai Qian Qian,”
katanya dalam kenyataan di Pahang pada Sabtu, 17 April 2021.
Qian Qian kemudian meminta mangsa melabur RM20,000 dan
berjanji akan menguruskan semua pelaburan tersebut.
“Setelah perbincangan dibuat pada 22 hingga 30 Mac
lalu, mangsa memasukkan wang RM178,132 ke dalam empat akaun bank berbeza
melibatkan 17 transaksi.
“Selepas beberapa hari mangsa ingin mengeluarkan wang
keuntungan yang terkumpul berjumlah RM218,715 tetapi tidak berjaya,” katanya.
Beliau berkata, mangsa lantas dihubungi pusat khidmat
pelanggan dan diminta membayar 50 peratus daripada amaun keuntungan untuk
membolehkan wang untung itu dapat dikeluarkan.
Mangsa yang curiga terhadap pelaburan tersebut
kemudian tampil membuat laporan di Balai Polis Sungai Ruan, Raub dan kes
disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. - KitaReporters