SESUAI dengan perkembangan masa kini kehidupan warga emas di pusat-pusat jagaan orang tua Islam perlu berkeadaan lebih selesa dan lebih baik bagi memudahkan mereka menjalani aktiviti harian dalam suasana lebih mesra serta meyeronokkan lagi penuh kecerian sementara umur masih ada. : KitaReporters

Rumah Kediaman Warga Emas, Jagaan dan Pendidikan Warga Emas Darul Insyirah menyediakan aktiviti riadah untuk para penghuninya.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan warga emas:

https://kitareporters.com/search?search=warga+emas


Dengan keadaan yang lebih selesa itu ia secara tidak langsung akan memberi kelebihan untuk mendorong mereka menjalani program bimbingan pendidikan, kegiatan sosial atau lain-lain sesama rakan dengan penuh minat.

Untuk tujuan ini Darul Insyirah, sebuah pertubuhan sukarela yang mengendalikan urusan menjaga warga emas beragama Islam ditubuhkan sejak tujuh tahun lalu merancang membina sebuah premis yang dikenali sebagai Kompleks Kediaman Warga Emas, Jagaan dan Pendidikan Warga Emas Darul Insyirah dalam masa terdekat.
Kompleks tiga tingkat berharga RM5 juta pada asalnya dirancang pembinaannya di sebuah tapak terletak di Sungai Ramal, Kajang pada Julai tahun ini tetapi terpaksa diubah ke lokasi baharu berikutan banjir besar yang berlaku dikawasan berkenaan.

Di atas tapak yang terletak di Lorong DB 16, Kampung Abu Bakar Baginda, Mukim Dengkil, Sepang inilah bakal dibina Kompleks Rumah Kediaman Warga Emas, Jagaan dan Pendidikan Warga Emas Darul Insyirah. - Kredit Foto: Darul Insyirah.

Sehubungan itu pihak pengurusan Darul Insyirah telah memilih dan membeli tapak di satu lokasi baharu yang terletak di Kampung Abu Bakar Baginda di Sungai Merab, Sepang, Selangor bagi tujuan pembinaan kompleks yang berkonsepkan 'Smart Caring Home'.
Rumah Kediaman Warga Emas, Jagaan dan Pendidikan Warga Emas Darul Insyirah yang memuatkan 150 penghuni ini bakal menerapkan elemen mesra warga emas, mesra ibadah, pintar dan rendah karbon.
Selain itu, premis berkenaan juga mempunyai ciri-ciri patuh syariah, mudah ekses dan selamat, menyediakan pelbagai kemudahan sokongan juga bangunan berteknologi hijau, pintar serta lestari.
Bagi menjayakan misi murni ini pihak pengurusan Darul Insyirah memohon dana sumbangan orang ramai dan anggaran kos berkenaan juga merangkumi nilai pembelian tanah, pembinaan kompleks dan kos operasi keseluruhan.

Lokasi Kompleks Rumah Kediaman Warga Emas, Jagaan dan Pendidikan Warga Emas Darul Insyirah yang bakal dibina terletak berhampiran Surau Al-Ridhwan dan Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM).

Gambaran pelukis reka bentuk Kompleks Rumah Kediaman Warga Emas, Jagaan dan Pendidikan Warga Emas Darul Insyirah semasa di tapak lama yang terletak di Sungai Ramal, Kajang. Bagaimanapun reka bentuk tersebut akan diubah suai bila pembinaannya dilaksanakan di tapak baharu yang terletak di Kampung Abu Bakar Baginda, Dengkil, Sepang.

Orang ramai, badan-badan korporat dan sesiapa sahaja boleh menyalurkan sumbangan melalui tiga kategori iaitu untuk sumbangan 1 lot RM50, 10 lot RM500 dan 20 lot RM1,000.

Bagi tujuan sumbangan dana, orang ramai boleh menghubungi Pengurus Dana Kompleks Rumah Kediaman Warga Emas Darul Insyirah, Saflie menerusi talian 017-3212457.  Juga sumbangan boleh dibuat melalui laman web danainsyirah.com/danakompleks. Dana boleh juga disalurkan melalui akaun Maybank nombor 562834631731 atas nama Darul Insyirah.

Rumah kediaman Darul Insyirah yang ada sekarang mula beroperasi  pada 1 September 2013 dengan menyewa sebuah banglo 6 bilik di Seksyen 3 Bandar Baru Bangi, Selangor dan tiga tahun kemudian membuka dua cawangan di Bangi Golf Resort dan Sungai Ramal, Kajang.


Perbincangan dengan pihak yang akan mereka bentuk kompleks tersebut mengikut pelan baharu di tapak bakal  dilaksanakan pembinaanya di Kampung Abu Bakar Baginda di Dengkil, Sepang.
Kompleks Rumah Jagaan Warga Emas Darul Insyirah ini menyediakan kemudahan aktiviti menarik bagi para penghuninya termasuklah kelas pengajian ilmu agama, aktiviti pertanian, aktiviti ibadah, aktiviti fizikal, rutin penjagaan kesihatan, aktiviti sosial dan pelbagai.
Misi pihak pengurusan Darul Insyirah melaksanakan pembinaan kompleks penjagaan orang tua Islam ini sebagai menyediakan kemudahan yang selesa bagi menjamin kebajikan dan kesejahteraan hidup golongan berkenaan.
Juga bagi merangka serta melaksanakan program pendidikan yang dapat meningkatkan maruah harga diri dan kualiti hidup warga emas dalam keluarga mahupun  masyarakat.
Selain itu untuk menjalin program kerjasama dengan masyarakat dan individu dalam usaha memajukan potensi golongan warga emas agar mereka terus aktif dan produktif.

Sebagai anggota masyarakat kita perlu prihatin dengan keadaan golongan warga emas yang ditempatkan di pusat-pusat jagaan khususnya kendalian badan-badan sukarela di mana turut mengharapkan bantuan dana daripada orang ramai khususnya kalangan mereka berkemampuan.

Hulurkanlah mengikut kemampuan yang ada bagi membantu warga emas menjalani kehidupan sementara umur masih ada,kerana kita juga bakal berada dalam kategori itu suatu ketika nanti. - KitaReporters

 
Salah seorang warga emas di Rumah Kediaman Warga Emas, Jagaan dan Pendidikan Warga Emas Darul Insyirah diberi tunjuk ajar semasa mengikut kelas pendidikan agama.

Pemeriksaan kesihatan rutin diadakan di Rumah Kediaman Warga Emas, Jagaan dan Pendidikan Warga Emas Darul Insyirah bagi memastikan mereka sentiasa dalam keadaan sihat.

Kegiatan pertanian turut diadakan di pusat jagaan berkenaan supaya penghuninya dapat melakukan aktiviti tersebut dengan penuh minat.

Sebahagian antara penghuni Rumah Kediaman Warga Emas, Jagaan dan Pendidikan Warga Emas Darul Insyirah semasa mengadakan lawatan sosial di luar kawasan.

0
2
0
0
0

Copy Link: