Nak bayar zakat? Bayar secara online atau guna kayu panjang!
Published by
KitaReporters
--title--
APABILA seluruh dunia 'diserang' wabak Covid-19 dan Malaysia sendiri proaktif dalam melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan wabak berkenaan, gaya kehidupan kita sebenarnya sudah tidak lagi seperti dahulu. Kita kini berdepan dengan norma baharu dan ini adalah realiti yang perlu kita terima yang mana kebiasaan yang dilakukan sebelum PKP kini perlu ditinggalkan demi kebaikan bersama. : KitaReporters
Bagaimanapun,
dalam mengharungi tempoh genting lebih sebulan lalu itu, masyarakat di
negara ini nampaknya bukan sahaja mula beradaptasi dengan corak
kehidupan baharu itu malah mencetuskan pelbagai idea kreatif.
Mengambil
contoh dalam bab pembayaran zakat fitrah, sebuah masjid di Bandar
Behrang 2020 di Tanjong Malim, Perak tampil dengan kelainan apabila
menggunakan sebatang kayu sebagai perantaraan proses pembayaran zakat
fitrah secara pandu lalu.
Seorang pembayar zakat mengisi wang ke dalam bekas yang dilekatkan dengan sebatang kayu sepanjang dua meter. - Gambar Facebook
Walaupun agak lucu melihatnya, namun jika inisiatif itu adalah yang terbaik bagi menjaga kesihatan dan kebajikan bersama, mengapa tidak bukan?
Menurut Pengerusi
Jawatankuasa Masjid Al-Hidayah, Rusli Ahmad, kaedah
tersebut diambil bagi memastikan penjarakan sosial pembayar zakat
terjaga.
Melalui kaedah
itu katanya, pembayar zakat tidak perlu beratur untuk menunaikan
kewajipan mereka sebaliknya kekal di dalam kenderaan masing-masing
dan mengisi wang zakat ke dalam bekas kecil yang dilekat bersama
sebatang kayu.
"Kaunter
pandu lalu memang dibenarkan dalam urusan pembayaran zakat dan bagi
memastikan penjarakan sosial mereka terjaga, kita cadangkan penggunaan
kayu.
"Jadi mereka yang
datang menggunakan kenderaan hanya perlu melalui kaunter, lafaz akad
zakat dibacakan tanpa bersalaman dan kemudian beredar," katanya.
Rusli Ahmad
Menurut beliau, kaedah tersebut yang mendapat reaksi positif dalam kalangan orang ramai bukan sahaja memudahkan amil yang bertugas malah lebih cepat dan selamat.
Menurut beliau, kaedah tersebut yang mendapat reaksi positif dalam kalangan orang ramai bukan sahaja memudahkan amil yang bertugas malah lebih cepat dan selamat.
Terdahulu,
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) menyarankan tiga kaedah
utama membayar zakat fitrah di negeri ini dalam tempoh PKP iaitu
- menerusi saluran dalam talian (online),
- melalui amil (kaedah manual) dan
- bayaran terus melalui Tabung Khas Fitrah.
Satu
daripada tatacara kutipan zakat fitrah oleh amil adalah dengan kaunter
pandu lalu yang diwujudkan di masjid-masjid utama daerah dan juga masjid
yang berada di tepi jalan besar tanpa proses bersalaman. - KitaReporters
1
1
0
0
0