Berita Terkini| Lelaki didakwa tipu jual pelitup muka! Bernilai RM352k! Dikena jaminan RM20k!
Published byTimbalan Pendakwa Raya, Nur Zatil Hidayah Ali menawarkan jaminan RM150,000 dengan syarat tambahan pasport antarabangsa diserahkan kepada mahkamah.
SEORANG ahli perniagaan berusia 43 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam atas pertuduhan menipu penjualan pelitup muka berjumlah RM352,000 sejak April 2020 lalu.
Bagaimanapun tertuduh, Tjoeng Chan Chin mengaku tidak
bersalah di hadapan Hakim Muhamad Anas Mahadzir selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.
Chan Chin, yang hadir ke mahkamah dengan bertongkat
kerana cedera pada kaki kiri dipercayai terjatuh dua minggu lalu, didakwa atas tuduhan menipu dan memperdayakan seorang individu untuk mempercayai kewujudan
perniagaan pelitup muka dan menyerahkan wang RM352,000.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di No.18,
Jalan Tempua 8, Puchong Jaya antara 28 April sehingga 13 Mei 2020.
Chan Chin didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen
420 Kanun Keseksaan kerana menipu, yang mana jika sabit kesalahan boleh dihukum
penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda.
Timbalan Pendakwa Raya, Nur Zatil Hidayah Ali
menawarkan jaminan RM150,000 dengan syarat tambahan pasport antarabangsa
diserahkan kepada mahkamah.
Bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam
memohon agar jaminan dikurangkan kepada RM15,000.
Tertuduh turut memohon agar pihak media dilarang daripada melaporkan kes berkenaan memandangkan reputasinya sebagai ahli perniagaan dan menjejaskan perniagaannya bersama rakan kongsinya.
Bagaimanapun Muhamad Anas menolaknya dan menegaskan
permohonan itu perlu dilakukan mengikut saluran undang-undang dengan melantik
peguam.
Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM20,000 dengan
seorang penjamin selain mengarahkan tertuduh melantik peguam bagi memasukkan
permohonan tersebut dan menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 14 Julai
depan. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter
Tjoeng Chan Chin mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Muhamad Anas Mahadzir selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah. kredit Foto Utusan Malaysia.