Berita Terkini| Kenderaan rentas negeri terutama ke KL meningkat! Pertambahan 25 hingga 30%!
Published byPENINGKATAN kenderaan itu membabitkan laluan utama di Jalan Gua Musang-Kuala Lipis manakala Jalan Gua Musang-Cameron Highlands tidak banyak berubah.
POLIS Kelantan mendapati jumlah kenderaan rentas negeri khususnya ke Kuala Lumpur melalui Jalan Gua Musang-Kuala Lipis meningkat sejak semalam, Isnin 17 Mei 2021.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon
Foo berkata, daripada pemantauan dilakukan, terdapat peningkatan kenderaan
sebanyak 25 hingga 30 peratus.
Peningkatan kenderaan itu membabitkan laluan utama di
Jalan Gua Musang-Kuala Lipis manakala Jalan Gua Musang-Cameron Highlands tidak
banyak berubah.
Bagaimanapun Choon Foo menjelaskan kesesakan jalan
berkenaan tidaklah kritikal kerana semua perjalanan trafik terkawal bermula di
Jalan Gua Musang-Kuala Krai.
"Apapun, kita sentiasa meningkatkan kawalan dan
pemeriksaan lebih ketat ke atas kenderaan yang melalui jalan itu," katanya
seperti dipetik oleh Harian Metro, Selasa 18 Mei 2021.
Beliau berkata selain pemeriksaan kebenaran rentas negeri, polis turut memantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Sementara itu, pihaknya juga mendapati penduduk
semakin lalai dan tidak mematuhi SOP selepas Hari Raya Aidilfitri.
"Semalam empat kompaun termasuk dua tidak memakai
pelitup muka dan dua lagi kompaun tidak mengimbas kod QR dikeluarkan,"
katanya.
Pihaknya tidak akan kompromi terhadap pelanggaran SOP
yang ditetapkan dan kompaun akan dikeluarkan bagi individu yang tidak patuh
dengan undang-undang. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata pemantauan dilakukan terdapat peningkatan kenderaan sebanyak 25 hingga 30 peratus.