Video| Angkara dendam lama! Cinta ditolak! Wanita diperkosa dan dikasari keluarga bekas kekasih!

Published by
KitaReporters


FASA bercinta sangat menyeronokkan, semuanya indah ketika itu, saling sayang menyayangi antara satu sama lain. Namun belum tentu individu yang kita cintai itu menjadi pasangan kita yang sebenar.

Siapalah kita untuk menentukan kerana jodoh itu bukan kuasa kita tetapi hak sang Pencipta. Sayangnya tidak semua terima ketentuan tersebut.


Lagi kisah-kisah jenayah berkaitan penderaan



Di Delhi Timur, India, seorang wanita menjadi mangsa dendam lama oleh keluarga  bekas kekasihnya, gara-gara cinta mereka tidak berjaya disatukan.

Sangat menyedihkan wanita diculik sebelum dirinya diperkosa ahli keluarga bekas kekasihnya secara beramai-ramai sebelum diarak di jalanan.

Lebih dasyat keluarga lelaki tersebut sanggup melumurkan muka wanita malang tersebut dengan cat hitam dan rambutnya dipotong.



Rakaman insiden itu yang dikatakan berlaku di daerah Shahdara itu menjadi tular dalam media sosial dan ramai mengecam perbuatan tersebut .

Dalam video diperlihatkan wanita berusia 21 tahun dan mempunyai anak berumur dua tahun itu dilumur cat hitam pada muka dan rambutnya dipotong, selain kelihatan beberapa wanita lain memukul serta menolaknya.

Malangnya orang ramai yang menyaksikan kejadian tetapi hanya bersorak dan merakam kejadian bukannya bertindak menghentikan tindakan tidak berperikemanusiaan tersebut.

Namun bak kata pepatah sehebat-hebat tupai melompat, akhirnya jatuh juga ke tanah.

Tindakan zalim lelaki bersama keluarga berjaya dikesan oleh polis dan menahan semua bekas keluarga bekas kekasih wanita malang tersebut yang terdiri daripada lelaki bersama 11 lagi individu termasuk wanita yang dipercayai terbabit kejadian berkenaan.

Deputi Komisioner Polis R Sathiyasundaram berkata, hasil siasatan dilakukan insiden tersebut berlaku akibat dendam lama.



Menerusi laporan yang diterima oleh pihak polis, mangsa sebelum ini pernah menolak cinta seorang remaja berusia 16 tahun yang menyebabkan lelaki itu membunuh diri.

Kini selepas lima tahun berlalu, keluarga lelaki itu tampil mahu membalas dendam dan melakukan semua perkara ganas tersebut kepada wanita tersebut.

"Kami sedang menyiasat video tular itu dan mengenal pasti semua pihak yang terbabit. Akan ada lebih ramai lagi ditahan," kata Komisioner Polis Delhi Chinmay Biswal.

Sementara itu, wanita yang menjadi mangsa memberitahu polis, dia diculik dan dikasari sebelum dirogol oleh lelaki yang dipercayai ahli keluarga bekas kekasihnya. Malah wanita itu mengaku dia diheret dan dipukul dengan kayu sebelum diarak ke jalanan.

Dia bagaimanapun bersyukur usia masih panjang dan ada pihak yang membantunya meleraikan perbuatan tersebut sebelum menghantar dirinya ke hopital.

Wanita berkenaan yang masih trauma dengan peristiwa yang dilalui diberikan rawatan kaunseling. - KitaReporters


9
8
1
15
0

Copy Link: