23 nama besar pelakon terlibat, 8 buah cerita berbeza namun kesemuanya berkisar tentang pelbagai ragam dan kisah duka rakyat Malaysia meneruskan kehidupan harian dalam norma baharu sepanjang perlaksanaan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dipaparkan melalui drama bersiri ‘Lockdown’.

Inilah yang bakal anda saksikan setiap Isnin hingga Khamis, pada pukul 11 malam mulai 26 Julai 2021, secara eksklusif dalam saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan platform On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Penceritaan setiap kisah dalam drama ‘Lockdown’ diilhamkan pengarah prolifik, Erma Fatima bakal menampilkan lakonan mantap penuh emosi oleh  pelakon-pelakom handalan antaranya Zara Zya, Beto Kusyairy, Nabila Huda, Fahrin Ahmad, Sara Ali, Izzue Islam, Kaka Azraff, Syafiq Kyle, Mimi Lana, Amerul Affendi, Hasnul Rahmat, Jalil Hamid, Azizah Mahzan, Liza Abdullah, Balkisyh Semundur Khan serta ramai lagi.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan


Salah satu babak lakonan Izzue Islam dan Kaka Azraff dalam 'Lockdown'.


Terbitan produk U2 Media Sdn Bhd, 8 buah cerita berbeza dipaparkan menerusi 10 buah episod yang diinspirasikan daripada latar sebenar kisah realiti berkenaan situasi sukar yang diharungi segenap lapisan masyarakat sejak diuji dengan penularan pandemik Covid-19 pada 2020.

“Menghimpunkan kesemua nama popular ini dalam sebuah drama bukan sesuatu yang mudah lebih-lebih lagi pada kala pandemik namun pengalaman tersebut amat menyeronokkan buat saya. 

"Keserasian yang terjalin di antara mereka sebagai pelakon juga memudahkan urusan pasukan produksi sewaktu di set penggambaran,” cerita Erma Fatima atau lebih popular digelar 'Mak Cun' ini.



Proses penggambaran khabarnya telah dilakukan selepas fasa PKP 1.0 ditamatkan dan hanya mengambil masa selama 24 hari secara keseluruhan di sekitar Kuala Lumpur. 

Sebahagian besar penggambaran juga telah dilakukan di kawasan ‘indoor’  secara tertutup dalam skala kecil serta tidak melibatkan jumlah bilangan yang ramai dalam satu-satu masa sewaktu di set lokasi. 

Menurut Erma Fatima, sebagai penulis skrip beliau memperoleh ilham selepas melihat keadaan sekeliling yang berlaku, melihat kesannya kepada kawan-kawan dan diri sendiri.



“Kita semua sama-sama melalui proses PKP jadi kita tahu dan faham kesakitan tersebut selepas mengikuti berita-berita yang dilaporkan. Itu yang mendorong saya untuk menulis skripnya,” tambah Erma sambil memberitahu setiap hari beliau akan membuat skrip setelah melihat kejadian di depan mata.

Turut mendapat sentuhan Mohd Fazli Yahya yang memikul tanggungjawab selaku pengarah drama, ‘Lockdown’ yang berlandaskan realiti bukan fiksyen.

“Setiap kisah berlaku dalam realiti kehidupan. Mungkin ada antara penonton yang dapat melihat diri mereka sendiri dalam cerita ini,” Erma membayangkan.



Sementara itu, rata-rata pelakon yang membintangi drama ini seperti Izzue Islam mengesyorkan penonton menyaksikannya memandangkan pelbagai nasihat dan mesej yang baik boleh dijadikan iktibar kepada semua. 

“Penceritaan yang ditonjokkan merupakan satu cerminan buat masyarakat, sekali gus dapat memberi refleksi kepada diri masing-masing pada kala pandemik,” ujar pelakon Beto Kusyairy (gambar atas) yang menyandang watak sebagai Malik dalam salah sebuah kisah yang dipaparkan.

“Setiap cerita amat dekat di hati kita kerana ia benar-benar berlaku dalam kalangan masyarakat tambahan pula bukan senang untuk mengumpulkan kesemua 23 pelakon hebat demi menjayakan sebuah naskhah dalam masa singkat,” ujar pula pelakon Nabila Huda (bawah).



“Syabas kami ucapkan kepada semua yang terlibat dengan pembikinan drama ini terutama kepada produksi U2 Media Sdn. Bhd. kerana berjaya merealisasikan drama ini dengan baik. Kami berharap drama ini akan diterima baik oleh para penonton. Semoga terhibur!,” jelas  Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Kamal yang berpendapat ‘Lockdown’ sesuai disiarkan pada latar masa seluruh Malaysia sedang menjalani PKP 3.0 pada waktu sekarang.

“Kisah-kisah yang dipaparkan  tidak asing kepada kita semua kerana cerita sebegini sering dikongsikan di laman media sosial serta turut mendapat liputan meluas di media massa,” akhiri Emarina. - KitaReporters


Kredit foto: Sihatimerahjambu

2
0
0
0
1

Copy Link: