Berita Terkini| Beroperasi ketika SPP! Langgar SOP! Dua kilang di Shah Alam dikompaun RM10k!
Published byGAMBAR hiasan... kompaun yang dikeluarkan kepada kilang berikutan melanggar SOP Sekatan Pergerakan Penuh (SPP).
POLIS Shah Alam mengenakan kompaun ke atas dua kilang berikutan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Sekatan Pergerakan Penuh (SPP) fasa pertama yang bermula pada 1 Jun 2021 lalu.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner
Baharudin Mat Taib, berkata, setiap kilang masing-masing dikenakan kompaun
RM10,000 ketika operasi pemantauan bermula 1 Jun sehingga Jumaat, 4 Jun 2021.
"Kilang pertama yang dikompaun adalah kilang
memproses rokok elektronik (vape) dan memang tidak dibenarkan beroperasi kerana
bukan industri utama tetapi ingkar masih beroperasi seperti biasa.
"Kedua, kilang memproses makanan dan perkhidmatan pengangkutan. Ketika serbuan dibuat didapati kilang terbabit mempunyai jumlah pekerja melebihi 60 peratus yang dibenarkan," katanya seperti yang dipetik oleh Berita Harian pada Sabtu, 5 Jun 2021.
Tegas beliau, sehingga kini pihaknya menjalankan
pemeriksaan ke atas 23 kilang dan empat tapak bina dalam kawasan pentadbiran
IPD Shah Alam.
Beliau berkata, sehingga kini sejumlah 17 kompauan
dikeluarkan di dua Sekatan Jalan Raya (SJR) statik iaitu SJR Plaza Tol Bukit
Jelutong dan SJR Persiaran Tengku Ampuan Seksyen 26 dan antara kesalahan yang
kita dapati adalah melebihi kapasiti kenderaan dengan nilai kompauan dikenakan
RM2,000 setiap penumpang. -
KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib