Aryan Khan ketika ditahan kerana memilki dadah pada 3 Oktober 2021 lalu. - Kredit foto: New Indian Express


PRABHAKAR Raghoji Sail iaitu saksi bebas Biro Kawalan Narkotik (NCB) India bagi kes dadah melibatkan Aryan Khan mendakwa berlaku cubaan minta rasuah bagi membebaskan anak bintang Bollywood Shah Rukh Khan (SRK) itu daripada kes dadah

Prabhakar Sail yang juga saksi utama kes, mendakwa Pengarah Zon NCB, Sameer Wankhede dan beberapa pegawai lain menuntut bayaran sebanyak Rs25 crore (iaitu kira-kira RM13.8 juta) daripada SRK untuk membebaskan anaknya.

Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Shah Rukh Khan

;

Aryan dibawa bertemu SRK dalam penjara pada 21 Oktober 2021. - Kredit foto: The New Indian Express

Prabhakar Sail pada 24 Oktober 2021 turut memberikan mesej video dan afidavit yang mendakwa selepas penahanan Aryan Khan, dia terdengar panggilan telefon yang dibuat kepada pengurus SRK yang menuntut wang suapan berkenaan. 

Prabhakar Sail juga merupakan pengawal peribadi KP Gosavi, iaitu salah seorang saksi bebas yang selfie dengan Aryan Khan dan menjadi tular.

Menurut The New Indian Express, dalam afidavitnya, Prabhakar Sail mendakwa dia melihat pengurus Shah Rukh Khan, Pooja Dadlani, bercakap dengan KP Gosavi di dalam kereta. Selepas pertemuan itu, Gosavi menyuruhnya pergi ke lokasi dan mengambil wang tunai.

Prabhakar Sail mendakwa seseorang yang mengguna sebuah kereta jenis Innova berwarna putih memberinya dua beg berisi wang tunai dan dibawa kepada Gosavi. Tambahnya, dia melihat Gosavi mengemas begnya dan pergi.


Prabhakar Sail mendaftarkan afidavitnya pada 23 Oktober 2021. - Kredit foto: The New Indian Express

"KP Gosavi hilang dan sekarang saya takut pegawai NCB dan orang lain yang terlibat boleh membunuh saya atau menculik saya seperti KP Gosavi. Seperti yang dilihat dalam kes-kes besar, saksi sering dibunuh atau dibawa pergi dan oleh itu saya ingin menyatakan yang sebenarnya, ” kata Prabhakar Sail dalam afidavitnya pada 23 Oktober 2021 lalu..

Aryan ditahan oleh pegawai NCB bersama tujuh yang lain termasuk dua wanita di sebuah kapal persiaran di pantai Mumbai pada 3 Oktober 2021.

Bagaimanapun tuduhan Prabhakar Sail dinafi sekeras-keras oleh Sameer Wankhede dan menganggap ia sebagai palsu dan berniat jahat kepada dirinya dan pegawai NCB yang lain.

Sementara itu, SRK masih tidak memberi respons terhadap dakwaan Prabhakar Sail itu. - KitaReporters


21
21
0
30
0

Copy Link: