ANAK yatim antara golongan terpilih untuk diundang ke majlis berbuka puasa setiap kali tiba bulan Ramadan dan turut diraikan pada majlis sambutan hari raya yang diadakan setiap tahun oleh pihak tertentu yang prihatin dengan nasib mereka. Namun, untuk tahun ini, tiada sebarang majlis meraikan mereka dan tiada pakaian baru untuk dipilih sendiri gara-gara penularan wabak pandemik COVID-19 yang sedang 'mencengkam' dunia termasuk Malaysia. : KitaReporters

Kredit foto-foto: Noordeyana Mohd Rashdi


Nasib anak yatim biasanya 'agak' terbela dan diberi perhatian tiap kali menjelang Ramadan dan Syawal. 

Banyak pihak menghulurkan sumbangan seperti bantuan asas keperluan harian (beras, tepung dan gula) di rumah anak yatim dan asnaf, malah ada badan korporat atau agensi swasta mahupun pertubuhan politik membawa mereka membeli pakaian baharu untuk digayakan pada hari raya. 

Berbuka puasa di hotel juga sebahagian daripada aktiviti mereka sepanjang Ramadan. 

Seronoklah kamu wahai anak! Nasib kamu sentiasa terbela tiap kali menjelang bulan-bulan mulia itu!! 

Tetapi keadaan tidak sama tahun ini kerana rakyat perlu akur dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan dilanjutkan kepada PKP Bersyarat (PKPB), sekali gus 'amat membataskan' pergerakan setiap individu berikutan penularan pandemik COVID-19.
Untuk tahun ini tiada kedengaran mana-mana penghuni rumah anak yatim memperoleh pakaian baharu. 

Mungkin ada tetapi tidak diwar-warkan kerana larangan PKP dan PKPB. Tidak boleh berhimpunkan. Mungkin juga terus diberikan secara senyap tanpa pengetahuan orang luar.

Pada tahun-tahun sebelumnya, aktiviti membeli pakaian raya untuk golongan ini mendapat liputan meluas di dada akhbar dan kebiasaannya sektor korporat, agensi kerajaan dan swasta serta syarikat-syarikat ternama akan membawa anak-anak ini ke pasaraya untuk memilih sendiri pakaian baharu yang berkenan di hati. 

Lengkap sepersalinan baju Melayu, kain sampin dan songkok untuk lelaki dan baju kurung serta tudung untuk perempuan. 

Tetapi untuk tahun ini? Tak merasala ye.

Sepasang baju kurung baharu sumbangan Noordeyana dan kenalannya digayakan oleh penghuni rumah anak yatim Permata Kautsar


Begitupun, lain kisahnya bagi 37 penghuni dua rumah anak yatim dan miskin Permata Insyirah dan Permata Kautsar di Kuantan, Pahang yang boleh dikatakan 'beruntung' apabila 'ibu angkat' mereka tetap menyediakan pakaian baharu bagi menyambut hari raya tahun ini, walaupun dalam suasana PKPB.
Bergayalah anak-anak perempuan ini dengan pakaian baru ye. Tapi kerana #Stayhome! #Kitajagakita Bahaya COVID-19 kita tak nampak!!!


Setiap tahun sejak lapan tahun lalu, setiap kali menjelang Syawal, Noordeyana Mohd Rashdi akan berusaha mengumpul dana daripada rakan Facebook dan kenalannya untuk memastikan usahanya untuk menyediakan pakaian raya itu berhasil. 

Sudah menjadi adat..orang berbudi kita berbahasa..orang memberi kita menerima.

Niat ikhlas untuk menggembirakan anak-anak yatim dan asnaf menyebabkan wanita ini ketepikan rasa silu mewar-warkan keinginannya dalam membantu golongan ini dalam media sosial. 

Ramai yang membuat sumbangan.

Beberapa hari menjelang 1 Syawal, semua penghuni sudahpun menerima pakaian baharu itu yang dihantar sendiri oleh Noordeyana. 

Mulia sungguh hati wanita ini kerana sentiasa mengingati insan kurang berkemampuan.


"Ini merupakan tahun kelapan saya usahakan baju anak-anak yatim dan asnaf ini. 

"Semuanya untuk anak-anak di  Permata Insyirah tapi untuk tahun ini ada rezeki lebih, saya sediakan sekali untuk anak-anak di Permata Kautsar.

"Saya turut menyerahkan bungkusan kurma, baju raya lain dan tudung hasil sumbangan rakan-rakan," katanya ketika ditemu bual menerusi aplikasi WhatsApp.


Dalam satu hantaran yang dimuat naik dalam akaun facebook miliknya Deyana Hatazad, Noordeyana menulis mengenai hikmah yang diperoleh apabila negara dilanda pandemik COVID-19. 

"Tahun ini Allah swt bantu hantar hikmah COVID-19. Sungguh asal kak DH tak nak buat dah. Rasa orang nak pakai duit. Tapi tapi tapi... tengok lah Allah swt bantu. Luar biasa sekali.

"Sikit bagi kita... besar bagi mereka. Allah swt sayang kita semua. Selamat hari raya semua. Moga setiap kebaikan yang sahabt berikan  Allah swt balas dengan sebaik-baiknya."
 "Team #ProjekJalinanKasih terima kasih. Tanpa korang juga program kita sepanjang PKP ini tak mungkin berjaya. Love u until the moon🥰"

"Sahabat, terima kasih bantu kak DH gembirakan anak-anak kak DH dengan baju raya yang cantik. Tadi ada kurma, kek dan baju dari sahabat yang masih baru diberikan buat mereka".



Bukan semua anak yatim bertuah. Punya ibu angkat yang sangat baik. 

Noordeyana kerap mengadakan pertemuan dan melakukan pelbagai aktiviti bersama penghuni rumah anak yatim ini bersama empat anaknya bagi tujuan menzahirkan kasih sayang sesama mereka. 

Mulianya hati awak Noordeyana!

Nak hulur bantuan kepada sesiapa pun...hati kena kental. Lebih-lebih lagi ianya bantuan untuk anak-anak yatim dan miskin. 

Anak-anak ini tidak pandai mengeluh. Apa yang ada itulah yang diterima. Kasihi dan sayangilah golongan seperti ini. : KitaReporters

Noordeyana juga turut melakukan pelbagai aktiviti bersama anak-anak angkatnya


Noordeyana Mohd Rashdi bersama empat anaknya

4
0
0
1
0

Copy Link: