ADA BERAN? BOIKOT PRODUK SAJAT - ZUL YAHYA

Published by
KitaReporters
PELAKON Zul Yahya, 46, yang kini menjadi ahli perniagaan dan banyak terbabit dengan kegiatan keagamaan,  melahirkan rasa kesal akan perbuatan usahawan kosmetik Nur Sajat yang membuat malu kepada umat Islam khususnya Malaysia apabila bertukar menjadi wanita ketika melakukan umrah. : KitaReporters.com

Zul Yahya meluahkan kemarahannya dalam akaun Facebooknya (https://www.facebook.com/zul.yahya.96) secara live.

Zul atau nama penuhnya Zulkifili Yahaya, menyifatkan Nur Sajat tetap mahu dianggap sebagai wanita sedangkan hakikatnya secara biologi dia adalah berjantina lelaki dan namanya dalam kad pengenalan ialah Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman

Sehubungan itu, Zul meminta orang ramai memboikot produk keluaran syarikat Nur Sajat sebagai pengajaran kepadanya agar tidak melakukan perkara sensasi dan sensitif yang boleh menjejaskan umat Islam dan negara.

"Inilah masa untuk kita semua membantu agama kita. 

"Bukan nak suruh semua orang mengangkat pedang dan berlawan, tapi mana yang tak betul dengan aturan agama kita, kita boikot," katanya dalam satu siaran video live dalam akaun Facebooknya.

Zul juga mengatakan dia mempunyai ramai kenalan yang asalnya golongan transgender tetapi kini telah bertaubat dan mendalami agama di sejumlah sekolah pondok di Kelantan.

Beliau turut meminta pihak berwajib membantu memberi kaunseling terhadap Nur Sajat agar dia dapat kembali kepada keadaan asal secara lebih mudah.

Dalam video berdurasi 16 minit 54 saat itu, Zul turut meluahkan kekesalannya sebagai masyarakat dan Islam berikutan tindakan Nur Sajat itu.

Video berkenaan mencatat ratusan ribu tontonan dan ribuan perkongsian. 

Rata-rata netizen menunjukkan reaksi sokongan kepada Zul atas pendapatnya serta mempertikaikan tindakan Nur Sajat melakukan ibadat umrah di Mekah dengan berpakaian telekung seperti seorang wanita. -KitaReporters.com


5
0
1
0
0

Copy Link: