Piala Futsal Malaysia 2022: Tahniah Selangor TOT United! Duduki tempat ke-3! Atasi Pulau Pinang!
Published byKredit foto-foto: FB FAM
JARINGAN minit terakhir membolehkan Selangor TOT United bangkit untuk mencatat kemenangan 3-2 ke atas Pulau Pinang dalam perlawanan penentuan tempat ketiga pada kejohanan Piala Futsal Malaysia (MFC) Cuckoo 2022 yang diadakan di Kompleks Sukan Negara Panasonic, Shah Alam, Selangor.
Lebih menyakitkan untuk skuad Pulau Pinang apabila jaringan ketiga oleh Hazizi Mansor terhasil berbaki 16 saat sahaja lagi untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan namun ia tidak menjadi.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Piala Futsal Malaysia (MFC)
Kedua-dua pasukan turun untuk mencari tempat terbaik setelah dikecewakan oleh lawan masing-masing di separuh akhir minggu lalu dan permulaan yang baik untuk Pulau Pinang apabila Nazrin Ashraf Radzi membuka jaringan pertama pada minit ke-9 namun Selangor TOT United menyamakan kedudukan selang seminit kemudian hasil jaringan Aidil Shahril Rosli.
Perlawanan terus rancak dengan berbalas serangan dan selang dua minit kemudian Aidil Shahril sekali lagi meletakkan Pulau Pinang di hadapan. Selangor TOT United sekali lagi bangkit untuk samakan kedudukan hasil jaringan Hazreen Ali pada minit ke-25.
Berbaki sepuluh minit terakhir, Selangor TOT United menguasai perlawanan dengan serangan demi serangan namun pujian harus diberikan kepada penjaga muda Pulau Pinang yang menyelamatkan gawang mereka dari terus dibocori.
Perlawanan yang dilihat seakan-akan berkesudahan 2-2 dan boleh dilihat kedua-dua pasukan sering melakukan kesilapan mudah dek kerana kepenatan mula terasa.
Rezeki lebih memihak kepada Selangor TOT United apabila kesilapan dari pemain Pulau Pinang digunakan sebaik mungkin oleh Hazizi untuk memastikan Selangor TOT United tutup kempen MFC dengan tempat ketiga terbaik di Malaysia. - KitaReporters
Kredit foto-foto: FB FAM