Alhamdulillah! Rezeki Fazley tak putus! Akan bekerjasama dengan 13 jenama! Juga ada lagu-lagu baharu!

Published by
KitaReporters

Untuk tahun 2023, Fazley akan sibuk sebab bekerjasama dengan 13 jenama terkemuka.


BUKAN tamak haloba tapi kalau rezeki sudah depan mata, tak kan nak tolak. Itulah yang diamalkan oleh Datuk Fazley Yaakob kerana beliau percaya setiap rezeki yang mendatang adalah berkat doa daripada ibu dan isteri tercintanya.

Untuk tahun 2023 sahaja, Fazley, 44, yang merupakan penyanyi dan juga cef terkenal itu bakal bekerjasama dengan 13 jenama lokal dan antarabangsa pada masa yang sama.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Fazley Yaakob


“Mulai Januari 2023, saya secara kolektifnya bekerjasama dengan 13 jenama lokal dan antarabangsa dalam masa yang sama. Pada saya satu masa yang agak unik kerana biasanya saya bekerjasama dalam tempoh setahun, lima hingga enam jenama saja.

“Saya akan bertindak sebagai cef dan duta untuk jenama tersebut. Antara jenama yang saya boleh beritahu setakat ini adalah kerjasama dengan kedai serbaneka dari Korea yang kita akan lancar pada Januari (2023).

“Kemudian hospital, ada tiga nama iaitu dengan Pantai, Glenegals dan Prince Court. Baru-baru ini, kita ada buat soft launch bersama sebuah jenama contact lens (kanta lekap) Korea yang dipanggil Bionic di Pulau Pinang,” beritahunya sewaktu ditemui di Restoran Suka Sucre Bistro, Sri Hartamas, pada 20 Disember 2022.

Tambah Fazley, beliau juga bakal bekerjasama dengan Oasis Home iaitu jenama yang mengendalikan produk Korea dan tempatan yang merupakan kedai untuk barang peralatan masakan.


Apa yang diperolehi Fazley merupakan rezeki anak-anak.


“Kalau anda tengok jenama di bawah Oasis Home, wajah saya akan terpampang di setiap website mereka dan di billboard. Terbaharu juga, saya akan terlibat dengan satu jenama makanan kucing dan makanan bayi.

“Meskipun ada jenama baharu, pada waktu yang sama saya masih lagi bekerjasama dengan Starbuck dan new circle akan keluar Januari (2022) nanti. Bermakna makanan Malaysia akan dilancar bersama Starbuck.

“Selain itu, saya juga masih bersama dengan Tony Roma’s, Manhanttan Fish Market dan kontrak saya dengan produk Agricore Flour disambung lagi, dah masuk tahun kedua. Tahun depan lebih banyak wajah saya di kaca TV dan billboard untuk produk ini.

“Ini jenama tepung yang paling banyak diedarkan di Malaysia tapi tak ramai tahu yang saya adalah duta dan cef yang mengendalikan tepung tersebut,” katanya lagi.


Memasuki tahun kedua, kerjasama Fazley dengan Agricore Flour.


Tambah Fazley, sebagai seorang cef yang merupakan juara untuk program masakan MasterChef Selebriti Malaysia 2012, tak pernah terbayang di mindanya yang seorang cef dapat menjadi duta untuk produk kanta lekap, makanan kucing, hospital dan sebagainya. 

Beliau menganggap tahun 2023 adalah pembuka jalan untuk dunia masakannya. Tahun hadapan genaplah usia 10 tahun beliau bergelar cef dan 27 tahun sudah membabitkan diri sebagai anak seni.

“Saya rasa 2023 adalah tahun ke-27 saya sebagai artis dan 10 tahun sudah saya sebagai cef. Tahun 2023 adalah pembuka jalan untuk dunia masakan saya. Suka Sucre akan berpindah ke tempat baharu dan sedar tak sedar, Suka Sucre Bistro sudah memasuki usia 10 tahun.

“Tahun 2023, memang rezeki saya. Saya sangat teruja dengan jenama kedai serbaneka dari Korea sebab impian saya sebagai tukang masak adalah untuk menaikkan taraf makanan tempatan ke mata dunia.

“Saya dapat buat dengan Krispy Kreme, saya dapat buat dengan Tony Roma’s, saya dapat buat dengan Starbuck. Tapi sebuah jenama Korea yang saya rasa bukan mudah untuk seorang cef tempatan penetrate (menembusi) bagi saya ini pencapaian yang luar biasa yang saya perlu kongsi, nantikan sesuatu yang menarik Januari ini untuk jenama kedai serbaneka,” katanya dengan nada gembira.


Demostrasi sweet table ini membawa Fazley hingga ke luar negara.


Apabila mendengar Fazley bercerita tentang projeknya untuk 2023, kita pula yang rasa terbeban. Mampukah beliau buat semua itu? Baginya, perkara itu sudah dilakukan sejak 11 tahun lalu.

“Kalau orang kata, saya buat banyak bidang, perkara itu dah berlaku hampir 11 tahun dah, masih berlangsung dan tidak ada kekangan pun. Saya buat banyak benda dan audiens pun berbeza.

“Bila saya memasak, ada orang tengok saya tapi tidak tengok saya menyanyi. Bila saya mengendalikan R&D untuk minuman contohnya, orang tak tahu benda di belakang tabir.

“Saya pilih juga untuk wajah saya muncul bagi produk dan jenama apa. Kerja belakang tabir tu banyak tapi kerja di depan tabir, saya cuba pastikan benda itu tidak bercanggah secara langsung. 

"Dulu masa saya jadi penyanyi tak sibuk sekarang tapi sejak jadi cef, sibuknya luar biasa tapi saya anggap sebagai rezeki anak-anak,” katanya yang gembira dengan setiap kerja yang dilakukan.


Tetap membuat pilihan sebelum bersetuju bagi menjaga namanya sebagai duta.


Meskipun sibuk dengan tugasan sebagai cef dan duta produk, Fazley tak lupa kerjaya seni. Beliau akan membuat comeback pada tahun hadapan (2023) dan bakal muncul dengan lagu baharu.

“Tahun 2023, comeback saya dalam dunia nyanyian, sedang terbit enam lagu. Dalam masa yang sama yang akan dikeluarkan oleh Rocketfuel bersama DJ Fuzz dan kita tampilkan seorang artis wanita. 

"Ada lima production muzik dan video yang kita akan keluarkan dalam Sportify. Keyakinan untuk keluarkan lagu sebab bila tengok kat Sportify lagu saya tinggi termasuk juga dalam penggunaan TikTok. Bila kita buat research, anak-anak muda tahu Asmara Ini pasal orang tag dalam Instagram dan TikTok.

“Kebanyakan budak muda tak tahu yang saya pernah jadi penyanyi. Bukan saya nak cuba mencuri market penyanyi tapi memuaskan hati saya sebagai pemuzik. Saya boleh main dram, piano, gitar dan tulis lagu.

“Generasi baharu agak janggal melihat saya menyanyi. Tapi GV (Gegar Vaganza) tu adalah satu platform kelakar untuk saya kerana tiba-tiba orang kata saya tak boleh menyanyi kenapa tak masak saja.

“Untuk 2023 ini saya rasa saya perlu penuhkan salah satu target saya iaitu orang masih tahu yang saya ini penyanyi. Penyanyi hebat itu sangat subjektif dan penyanyi berjaya pun sangat subjektif. Apapun saya masih seorang penyanyi, dan masih keluarkan muzik,” katanya tentang kerjaya seni.


Bersama isteri tercinta, Datin Azrene Soraya Abdul Aziz.


Bagi Fazley, dalam setiap industri yang diceburi biar orang yang mengenang jasa dan sumbangannya, baik dalam bidang seni atau masakan.

“Dalam dunia nyanyian, orang ingat saya sebab lagu Asmara Ini dan Bila April, cukuplah pada saya. Dalam lakonan, saya pernah berlakon Gila Bola, itupun sudah cukup. Yang saya cari dan kejar bukan anugerah atau capaian di atas pentas tapi kenangan dan memori yang saya bina yang orang tidak akan dapat lupa.

“Sebab benda yang paling mahal, bukan anugerah, benda paling penting bukan kewangan, benda yang kita tak boleh lupa sampai bila-bila adalah kenangan dan memori yang kita bawa mati. 

"Itu yang saya cuba capaikan,” katanya terus terang.KitaReporters


9
12
0
7
0

Copy Link: