Akhir badminton Terbuka Denmark 2022: Lee Zii Jia tewas! Pemain bukan pilihan Shi Yu Qi dari China!
Published byPEMAIN pilihan keempat kejohanan, Lee Zii Jia terpaksa berpuas hati di tempat kedua pada kejohanan Terbuka Denmark 2022 selepas tewas kepada wakil China, Shi Yu Qi pada pentas akhir pada Ahad, 23 Oktober 2022.
Zii Jia terpaksa berhempas pulas dalam pertarungan tiga set sebelum tewas 18-21, 21-16, 12-21 di Arena Jyske Bank, Odense.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Lee Zii Jia
Kredit foto-foto: FB BAM, Badminton Europe
Pada set pertama, Zii Jia cuba memenangi perlawanan namun Yu Qi lebih bijak dalam memungut mata dan kurang melakukan kesilapan menyebabkan pemain itu menang 18-21.
Set kedua, wakil negara ini bangkit dengan pemainan begitu agresif untuk menang 21-16 dan membawa perlawanan ke set penentuan.
Momentum Jii Zia tidak dapat diteruskan di set ketiga dan kesilapan demi kesilapan menyebabkan beliau tewas mudah kepada wakil China itu.
Kekalahan ini membuatkan pemain di tangga keempat dunia ini terlepas kejuaraan selepas kali terakhir dimenanginya di Thailand pada pertengahan tahun lalu (2021).
Yu Qi yang berada di ranking 42 dunia ini mempamerkan permainan yang terbaik apabila berjaya menewaskan beberapa pilihan terbaik kejohanan termasuk wakil tuan rumah di pusingan pertama yang juga merupakan pilihan ketiga kejohanan. - KitaReporters
Kredit foto-foto: FB BAM, Badminton Europe