Video| Siti Nurhaliza hasrat bantu mangsa tragedi gas meletup! Bantuan dibuat lalu Yayasan Nurjiwa!
Published byPenghibur nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, 46, menzahirkan rasa simpati dan berhasrat untuk menyalurkan sumbangan kepada mangsa tragedi letupan paip gas di Putra Heights, Subang Jaya, pada 1 April 2025 melalui Yayasan Nurjiwa yang diasaskan oleh dia dan suaminya Datuk Sri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K).
Siti yang terkejut dengan kejadian yang berlaku akan melawat mangsa di Pusat Perpindahan Sementara (PPS) dalam masa terdekat.
Siti Nurhaliza berharap bantuan yang disalurkan dapat meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa dalam kejadian pada hari kedua Aidilfitri itu.
Yayasan Nurjiwa yang ditubuh sejak ditubuh pada 21 Ogos 2006 iaitu 18 tahun lalu dengan matlamat untuk membantu insan-insan yang memerlukan dan kurang bernasib baik termasuk terkena musibah alam seperti banjir dan bencana.
Sementara itu menyentuh majlis yang diadakan bagi meraikan ulang tahun ke-30 pembabitannya dalam industri seni tanah air, Siti Nurhaliza bersyukur dapat mengharungi pancaroba industri seni dengan jaya dengan sokongan masyararakat.
Tambah Siti Nurhaliza dia tidak akan bersara daripadakegiatan seni selagi diperlukan oleh negara dan masyarakat. Cuma kegiatan seninya tidak akan segiat dahulu.
Siti Nurhaliza menyifatkan tempoh 30 tahun itu sebagai satu fasa penting yang bukan saja membentuk kerjaya seninya, malah memberi banyak pengajaran dan ilmu dalam kehidupan.
Bagi tahun 2025, Siti Nurhaliza merancang mengadakan konsert khas. Butiran lanjut akan diumum kemudian.
Siti Nurhaliza juga akan merakam sebuah album tradisional. Dia sedang dalam proses mendapatkan lagu dan membuka ruang kepada mana-mana komposer untuk menghantar lagu tradisional terbaik.
Dalam majlis yang dihadiri sekumpulan kelab peminatnya Sitizone dengan beberapa acara diadakan dalam majlis yang berlangung dari jam 12 tengah hari hingga 4 petang itu. Turut serta anggota keluarganya dan kakitangan syarikat.