GV6: TETAP MENGGEGARKAN, TAPI MENGEJUTKAN
Published byPERTANDINGAN Gegar Vaganza 6 (GV6) mengegar dan terus mewujudkan kejutan dan suasana pelik. : KitaReporters.com
Setelah pihak Astro melakukan kejutan iaitu mengadakan dua kali pertandingan separuh akhir, memanjangkan minggu pertandingan dari 8 kepada 11, kali ini kejutan terbesar berlaku dalam pertandingan akhir di stadium MPSA malam tadi (22/12/2019) apabila dua penyanyi, Hady Mirza dan Naqiu Boboy diumum sebagai pemenang utama bersama dengan masing-masing menerima hadiah wang tunai RM100,000.
Namun Datuk Ramli enggan memilih kerana Hardy Mirza dan Naqiu Boboi mempunyai kemampuan yang setara dan mereka ‘respect’ muzik iaitu menyanyi tanpa melakukan kesalahan.
Justru, kedua-duanya layak diumum sebagai pemenang dan katanya, tidak ada salahnya jika pemenangnya diumum sebagai pemenang bersama.
Mungkin ini merupakan pertandingan yang pelik apabila ada pertandingan nyanyian di mana diberi kemenangan bersama untuk pemenang utama.
Namun keputusan ini rasanya dapat diterima masyarakat umum. Kehebatan Hady Mirza dan Naqiu Boboi setara dan sukar memilih siapa yang lebih hebat.
Keputusan ‘pelik’ dalam GV6 rasanya sukar untuk berulang dalam GV yang akan datang.
Secara keseluruhan pertandingan akhir GV6 memang menggegarkan dan memberi kepuasan kepada penonton.
Keenam-enam peserta memperihatkan mutu nyanyian yang tinggi. Setiap peserta memperlihatkan kemampuan vokal sebagai ‘orang lama’.
Sementara persembahan paling menghibur adalah ketika persembahan rap ‘battle’ iaitu di antara One Nation Emcess dan Nurfatima, Jatt Ali dan Sham Visa dan Hady Mirza dan Naqiu Boboy. - KitaReporters.com
Berikut adalah kedudukan markah dalam GV6:1) Hady Mirza dan Naqiu Boboy (87)3) Jatt Ali (76)4) NurFatimah (68)5) One Nation Emcess (67)6) Sham Visa (65)