UYAINA DI SINI REZA DI SANA DANGDUT TEMUKAN
Published byPERIBAHASA ada menyebut, asam di darat ikan di laut, di dalam belanga bertemu juga. Nampaknya dangdut menyatukan selebiti Malaysia Uyaina Arshad, 27, dan pendangdut Indonesia, Reza Zakariah, 30, apabila kedua-duanya kini berada di alam percintaan. : KitaReporters.com
Program yang berjalan sejak dua bulan lalu bakal berakhir minggu hadapan.
Kedua-dua selebriti ini enggan menyatakan bercinta secara langsung dan masih senang dianggap sebagai teman istimewa.
DAA5 bukan hanya disaksikan penonton Indonesia melalui TV, juga penonton di enam negara lain Malaysia, Brunei Darussalam, Singapura, Thailand, Timor Leste dan Filipina secara TV streaming melalui Vidio.com.
Kemesraan Uyaina dan Reza bukan sahaja dapat disaksikan di atas pentas, malah juga di belakang pentas.
Ulyaina turut diperkenalkan kepada ibu Reza dalam salah satu program apabila si ibu hadir sebagai penonton.
Hubungan mesra itu turut diketahui ibu Ulyaina. Nampaknya hubungan kedua-duanya tidak mendapat tentangan.
Reza merupakan penyanyi dangdut generasi baru yang sedang memuncak karirnya. Sementara Ulyana juga merupakan pengacara TV yang sedang popular di Malaysia, juga menjadi pelakon.
Lulusan undang-undang dari Universiti Malaya ini lebih berminat menceburi bidang pengacaraan. Peluang bermula apabila dia diberi peluang sebagai hos penganti bagi program Nona dan kemudian Wanita Hari Ini.
Adakah demi cinta Uyaina akan berhijrah ke Indonesia? Uyaina mula diberi peluang menjadi hos dalam beberapa program terbitan Indosiar setelah mendapat tempat pertama Puteri Muslimah Asia pada April 2008.
Selain menjadi hos, Uyaina turut diberi peluang berlakon dalam beberapa drama TV. Uyaina semakin popular di Indonesia yang banyak mengikut perkembangannya melalui Twitter @Uyainaarshard.
Dia kini terlihat semakin selesa menjadi hos di dalam program dangdut Indonesia. - KitaReporters.com
Rapatnya hubungan Uyaina dan Reza dilihat apabila kedua-duanya sentiasa membahagikan gambar bersama dalam laman sosial masing-masing.