Video| Dia dah mula balik dah! Aliff Syukri buka semula IG-nya! Nak jual harga RM500k! Gimik je kot?
Published byUsahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, 35, juga dikenali sebagai Abang Terlajak Laris yang sebelum ini mengumumkan tidak akan lagi aktif dalam media sosial nampaknya seperti cakap tidak serupa bikin.
Dalam video tersebut, kelihatan Aliff menari dengan sebatang kayu mop dipercayai sebagai menyindir ekoran dia menerima kecaman bergelek dengan Baby Shima sebelum ini.
Beberapa jam sebelum itu, Aliff menerusi Instagram Story turut memberitahu dia ingin menjual akaun Instagramnya yang mempunyai 4.3 juta pengikut dengan harga RM500,000.
Tentu sahaja tindakan terbaharu itu mengundang kritikan netizen yang rata-rata sudah menjangkakan Aliff hanya berdrama atau sekadar bergimik ketika mengumumkan pengunduran diri serta meminta maaf sambil menangis teresak-esak.
Namun ada pula meluahkan rasa simpati kerana merasakan usahawan ini bermasalah dan perlukan bantuan.
Ada juga memberi sokongan kepada Aliff dan memuji sikap usahawan ini kerana tidak terkesan dengan kecaman masyarakat.
Sebelum ini Aliff menerusi akaun media sosialnya membuat pengumumkan untuk mengundurkan diri sambil menangis dan memohon maaf atas apa yang telah berlaku.
Menurut Aliff, dia mengambil keputusan untuk mengutamakan keluarga berbanding dirinya sendiri.
Sebelum itu ibunya, Bonda Rozita Ibrahim meluahkan kekecewaannya secara visual dalam IG-nya atas sikap 'keterlaluan’ Aliff yang menjejaskan maruah keluarga.
Aliff dijangka akan terus melakukan perkara sensasi kerana selain ingin terus menjadi usahawan kosmetik yang berjaya, dia juga sedang cuba menjadi penyanyi.
Aliff mendakwa mempunyai suara sedap dan kini merupakan penyanyi nombor satu negara dalam satu talk show di Astro bersama Datuk Aznil Nawawi tidak lama dulu.
Dakwaan itu berdasarkan kejayaan memberansangkan lagu Kelepok Raya. Video Muzik (MV) lagu ini yang mula dimuat naik dalam YouTube sejak 20 April 2022 lalu kini telah ditonton lebih 2.5 juta kali.
Kini Aliff cuba mengulangi kejayaan melalui lagu berirama dangdut ‘Baby Sayang’ bergandingan penyanyi kontroversi, Baby Shima. - KitaReporters