Video| DJ Dave tersentuh hati! Terpesona gesekan biola gadis muda 13 tahun! Turut menyanyi bersama!
Published byKalau disebut Datuk Irwan Shah Abdullah mungkin ramai yang tidak mengenali nama tersebut terutama golongan muda. Namun, kalau disebut nama Datuk DJ Dave, pasti jadi sebaliknya apatah lagi lagu raya malar segarnya berjudul Menjelang Hari Raya saban tahun diputarkan dalam radio apabila tiba perayaan terbesar umat Islam di Malaysia.
Kekuatan lagu tersebut membuatkan namanya terus dikenali hingga kini.
Kalau dulu, peminat hanya mendapat khabar berita dan perkembangan artis kesayangan melalui media. Namun hari ini media sosial mengambil alih peranan tersebut.
Jadi, tidak
hairanlah ramai artis masa kini menggunakan platform tersebut untuk berkongsi
perkembangan terbaharu dan mendekatkan diri dengan para peminat. Tidak kurang
juga dengan artis-artis lama, mereka juga menggunakan kesempatan itu untuk
tujuan yang sama.
Kalau anda peminat setia DJ Dave, jangan lupa mengikutinya dalam media sosial seperti TikTok. Beliau sering berkongsi perkembangan terbaharunya di situ.
Pada Awal Februari 2025 lalu, beliau berkongsi satu video tentang pertemuannya dengan seorang gadis berusia 13 tahun. Gadis tersebut merupakan seniman jalanan di Jonker Walk, Melaka.
Dalam video yang
dikongsi, beliau kelihatan teruja dan terpesona akan kehebatan gadis tersebut
bermain biola. Malah ketika gadis itu mengalunkan muzik lagu nyanyian DJ Dave
berjudul Menjelang Hari Raya, beliau turut menyanyi bersama menghibur pengunjung
yang ada.
“Malam tadi di Melaka, saya terserempak dengan seorang gadis muda berusia 13 tahun yang bermain biola dengan begitu indah. Dia cuba memainkan salah satu lagu saya, dan saya mula menyanyi bersamanya. Saat itu benar-benar menyentuh hati saya.
"Melihat bakat muda negara ini begitu bersinar membuat saya terharu. Semoga impian mereka terbang setinggi melodi mereka,” tulisnya.
Ada netizen mencadangkan agar penyanyi legenda itu membawa bakat gadis itu ke dalam industri muzik tanah air.
“Datuk, bawa dia ke tengah. Mana tahu rezeki dia dalam industri hiburan,” cadang netizen tersebut.
Manakala ramai
juga netizen memuji ketampanan dan awet muda yang dimiliki DJ Dave. Mereka
kagum kerana pada usia 77 tahun (14 Februari 1948), beliau masih segak dan
sihat.
“Dari kecil dengar lagu raya DJ Dave. Sekarang umur sudah 35, DJ Dave masih kekal muda. Saya pula sudah rasa tua,” tulis netizen.