PARA tetamu di majlis pernikahan turut terharu dan sedih apabila melihat seorang pengantin wanita menangis tersedu-sedu setelah mantan kekasihnya hadir dan naik ke atas pelamin untuk bersalam sebelum memberi sekalung bunga pada majlis persandingan wanita itu, baru-baru ini.

Aksi yang mengejutkan tetamu undangan serta ahli keluarga pengantin dengan kehadiran mantan kekasih wanita itu bernama Ebil, 19, yang muncul secara tiba-tiba pada majlis itu walaupun tidak dijemput.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan majlis perkahwinan



Majlis pernikahan tersebut berlangsung di Desa Tumbudadio, Kecamatan Tirawuta, Kabupaten Kolaka Timur, Sulawesi Tenggara, Indonesia pada 14 Julai 2022 lalu. 

Viral sebuah video memperlihatkan seorang remaja lelaki (Ebil) berbaju batik hitam berjalan sambil membawa sekalung bunga berwarna pink yang disembunyikan di belakangnya sebelum dia naik ke atas pelamin berkenaan.

Bersama Ebil, beberapa rakan yang menemaninya hadir pada majlis perkahwinan itu.


 


Memetik laporan dari portal Wolipop pada 16 Julai 2022 berkata, ketika Ebil bersalam dengan pengantin wanita bernama Siska, 17, kedengaran tangisan wanita itu tersedu-sedu sambil remaja lelaki itu memberi sekalung bunga. 

Pengantin lelaki yang berada di atas pelamin tidak mampu berbuat apa-apa kecuali melihat telatah isterinya (Siska) dengan mantan kekasihnya yang menjadi tumpuan tetamu

Selepas itu, Ebil secara perlahan-pelahan melepaskan tangan Siska sambil berlalu meninggalkan pelamin pengantin yang hancur musnah buat Ebil akibat mantan kekasihnya dijodohkan oleh keluarganya dengan lelaki lain.

Melihat Siska masih menangis di atas pelamin, salah seorang ahli keluarga datang memujuk dan menasihat pengantin wanita itu supaya berhenti menangis agar tidak terjejas majlis perkahwinannya.


 


Video lelaki datang ke majlis perkahwinan mantan kekasihnya itu dimuat naik dalam media sosial oleh akaun Instagram @kendariinfo.

Sehingga kini video berkenaan sudah ditonton lebih 125 ribu penonton dan mendapat lebih 1,000 komen selain menerima pelbagai komen dalam kalangan netizen yang kebanyakannya mengatakan sepatutnya remaja lelaki itu tidak payah hadir di majlis persandingan mantan kekasihnya yang sudah berlangsung dalam suasana aman sebelum kehadiran Ebil.

‘’Sebaiknya mantan kekasih tak usah datang. Kesian suami dan keluarganya lihat isterinya nangis-nangis,’’ kata akaun @ikatrihati.

‘’Kesan dari bercinta, sudahlah jangan lah berkasih lagi fokus pada pelajaran dan insya Allah masa depan yang lebih baik,’’ ujar akaun @zakiazidna.

‘’Itulah Allah melarang kita bercinta, kerana apa? Kerana Allah tidak mahu hambanya sedih dan sakit hati,’’ jawab akaun @adrian ikramullah.

‘’Saya kira yang begini cuma cerita-cerita dalam alam maya yang saya suka baca tetapi ternyata ada juga di dunia nyata,’’ balas akaun @nurfadilahre5.


 


Sementara itu, Wolipop menghubungi Kendariinfo memberitahu bahawa Ebil datang ke majlis perkahwinan mantan kekasihnya kerana dia dicabar oleh teman-temannya.

Beliau berkata, akibat tercabar Ebil pergi juga di majlis mantan kekasihnya kerana dia ingin melihat Siska buat kali terakhir selain  mengucap Selamat Pengantin Baharu kepada mantannya dan memberi sejambang bunga sebagai kenangan.

Menurutnya, hubungan cinta Ebil dengan wanita itu berakhir secara tiba-tiba setelah Siska dijodohkan orang tua dengan lelaki lain selepas mereka berkasih selama dua tahun tiga bulan.

‘’Sebulan sebelum Siska berkahwin, hubungan mereka berdua berjalan seperti biasa dan Siska pernah memberitahu Edil bahawa orang tuanya memaksa dia berkahwin dengan lelaki lain. 

‘’Namun, awalnya Ebil tidak percaya kerana dia fikir kata-kata Siska itu sebagai gurauan sahaja tetapi sekarang ia  menjadi kenyataan, Siska  sudah menjadi milik lelaki lain,’’ kata Kendariinfo lagi. - KitaReporters


 

13
8
0
19
0

Copy Link: