Berita Terkini| Terjerat cinta 'Datuk'! Ibu tunggal rugi RM230,000! Penipuan sindiket Love Scam

Published by
KitaReporters

Love scam ialah satu bentuk jenayah siber yang sering mensasarkan wanita sebagai mangsa


SEORANG ibu tunggal berusia 44 tahun dari Machang, Kelantan kerugian hampir RM230,000 gara-gara terperdaya janji manis 'Datuk' yang mula dikenalinya melalui Facebook pada November 2020 lalu.

Mangsa yang merupakan seorang penjawat awam tidak hanya menyerahkan wang simpanan bank dan milik anak-anaknya tetapi juga sanggup menjual barang kemas serta kereta yang telah dihadiahkan bekas suami.

Malah, wanita itu juga terpaksa membuat pinjaman bank serta meminjam wang daripada ahli keluarga bagi membantu 'kekasihnya' yang dipercayai menetap di luar negara itu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, mangsa dipercayai terjerat dalam penipuan sindiket Love Scam (Penipuan Cinta) selepas berkenalan menerusi Facebook yang menggunakan nama profil Dato.

"Perhubungan antara wanita tersebut dan suspek berterusan ke aplikasi WhatsApps yang mana suspek menggunakan talian luar negara.

"Sekitar tempoh lebih kurang dua bulan selepas itu, suspek memberitahu mahu menjalinkan hubungan lebih serius selain turut nyatakan hasrat ingin berkahwin dengan wanita berkenaan.

"Pada Januari 2021, suspek memberitahu mangsa yang dia dalam proses bertukar ke Malaysia untuk bekerja dan mendakwa kad kreditnya alami masalah untuk digunakan lalu meminta wang daripada wanita berkenaan bagi pelbagai tujuan," kata Shafien dipetik oleh Sinar Harian, 16 April 2021. - KitaReporters 


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

0
0
1
0
0

Copy Link: