Perlawanan ACL 2022: JDT terus mara! Benam bekas juara Asia, Ulsan Hyundai Korea Selatan, 2-1!
Published byWakil Kelab Malaysia, Johor Darul Ta'zim (JDT) berjaya meneruskan rentak kemenangan 2-1 ke atas wakil dari Liga Korea (K-League) Ulsan Hyundai dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor.
Kemenangan kedua ini sekali gus menjadikan JDT pendahulu untuk Kumpulan I dan ini membuka peluang lebih besar untuk mereka langkah ke pusingan seterusnya.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan perlawanan ACL
Dua jaringan daripada Fernando Forestieri dan Bergson da Silva sudah cukup untuk memastikan juara Asia pada edisi 2020 itu berputih mata dan JDT juga berjaya meleburkan rekod menang wakil dari Korea ini di pentas Asia.
Dengan permainan yang begitu cantik dan sistematik yang dipamerkan oleh pemain JDT, mereka sememangnya layak diberikan pujian atas apa yang dipersembahkan malam tadi, 18 April 2022.
Pujian harus diberikan juga kepada pemain tengah JDT, Natso Insa yang layak dipilih selaku pemain terbaik perlawanan kerana permainan beliau dalam perlawanan itu sangat baik dan berjaya mematahkan serangan demi serangan dari Ulsan Hyundai.
Malah beliau antara pemain yang harus berada dalam skuad Piala Asia nanti kerana gandingan beliau di tengah nanti pastikan mampu memberi sesuatu yang positif pada skuad kebangsaan.
Pasukan bimbingan Benjamin Mora sebelum ini berjaya mencatat kemenangan besar ke atas Guangzhou FC, 5-0 pada Jumaat, 15 April 2022 lalu.
Pasukan JDT akan meneruskan saingan ACL pada perlawanan ketiga menentang wakil dari Jepun, Kawasaki Frontale pada 21 April 2022 ini. - KitaReporters