Video| Teratak Haslam diselaputi lumpur tebal! Tangguh penggambaran! Minta kru bantu bersihkan!
Published by"Saya bimbang jika lumpur dibiarkan terlalu lama sehingga kering, kerja pembersihan sukar dilakukan dan kerosakan akan lebih teruk," kata pemilik empayar Skop Productions itu mengenai rumah persinggahan yang dikenali sebagai ‘Teratak Haslam’ di Batu 22, Hulu Langat, yang rosak akibat dibanjiri selut dan lumpur dalam bencana banjir besar pada Jumaat, 17 Disember 2021.
Lagi kisah-kisah tragik menarik berkaitan banjir
/
Yusof memiliki rumah persinggahan itu sejak 2004, dan memberitahu, bencana alam itu paling buruk berlaku di tanah miliknya sejak mula menduduki kawasan itu. Sebelum ini, jika banjir, air naik sehingga paras betis di laman rumah itu.
"Pagar yang mengelilingi kediaman saya runtuh. Bahagian dalam rumah termasuk perabot dan peralatan elektrik, separuh daripadanya rosak serta diselaputi selut dan lumpur. Habis diselaputi lumpur tebal dan mungkin mengambil masa untuk dibersihkan.
"Bagi mengelak kerosakan lebih teruk, saya terpaksa meminta bantuan kru penggambaran dan kakitangan pejabat membersihkan kediaman ini,"kata seniman itu.
Yusof mengarahkan penggambaran drama 'Gerak Khas Undercover' dihentikan selama 10 hari bagi membolehkan kru membantu kerja pembersihan.
Namun Yusof bersyukur kediamannya itu tidak musnah seperti dialami pelakon dan pelawak Ebby Yus dan sejumlah penduduk setempat.
"Saya terpaksa menghentikan penggambaran sementara waktu dengan meminta pekerja membantu proses membersihkan Teratak Haslam secara sukarela.
“Insya-Allah, tenaga mereka tidak digunakan percuma. Saya sediakan imbuhan buat mereka. Apa yang penting, saya mahu bersihkan rumah tukang kebun sebelum ruang lain di teratak itu." ujarnya.
/
Yusof hanya berpeluang melawat rumah persinggahannya pada Selasa, 21 Disember 2021, berikutan air naik dan sekatan laluan.
Beliau menganggarkan kos pembaikan antara RM50,000 hingga RM100,000.
"Biarpun rumah saya rosak, saya tetap bersyukur Allah masih membantu melindungi rumah itu. Orang lain berdepan nasib lebih teruk apabila rumah mereka habis ranap seperti dialami Ebby Yus," katanya.
Dalam pemerhatiannya keadaan di Batu 14 hingga Batu 22, Kuala Langat tidak ubah seperti dilanda tsunami dengan jalan hanya dibuka satu lorong menyebabkan kesesakan teruk, tebing sungai terhakis dan banyak kenderaan tersadai. - KitaReporters